Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PM Umum Pakej PERMAI...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pakej bantuan...

Pemimpin Akar Umbi Perlu...

KUANTAN – Semua jentera parti di peringkat akar umbi diminta bekerja keras untuk...

Hans Isaac, Gabriella Robinson...

NAMA Hans Isaac, 46, hangat diperkatakan dulu apabila dia mahu mendirikan rumah tangga...

Rela Sasar Rekrut 50,000...

BACHOK - Pengurangan peruntukan sebanyak RM83 juta tidak menghalang Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)...

Mufti Kelantan Seru Orang Islam Sokong Pindaan Akta 355

KOTA BHARU – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyeru orang Islam agar menyokong pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 yang bertujuan memartabatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.

Mohamad Shukri pada masa yang sama, turut menasihati anggota Parlimen khususnya yang beragama Islam agar menyokong pindaan tersebut apabila ia dibahaskan di sidang Dewan Rakyat pada sesi akan datang.

“Memang wajib (menyokong)… kenapa tidak mahu melihat perkara baik berlaku dalam Mahkamah Syariah. Kalau sebelum ini, bidang kuasa Mahkamah Syariah rendah, kalau beri sedikit kuasa, apa masalahnya.

“Dalam al-Quran ada menyebut, bertolong, membantu dalam hal-hal kebaikan, kebajikan dan taqwa merupakan benda yang baik, jadi semua patut sokong perkara baik (Akta 355),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Mahabbah Ulama di sini, hari ini.

Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra berkenan merasmikan majlis berkenaan yang turut dihadiri Anggota Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Zakaria Stapa dan lebih 1,000 pelajar pondok seluruh negeri.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata akta berkenaan sebelum ini dipinda sebanyak dua kali tanpa sebarang masalah ataupun mendapat bantahan daripada mana-mana pihak.


Justeru, beliau melihat tentangan terhadap pindaan Akta 355 banyak dikemukakan oleh parti politik yang disifatkan mempunyai kepentingan masing-masing.

“Saya pun tidak faham. Pindaan Akta 335 ini kalau diluluskan, ia hanya bertujuan meningkatkan lagi bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Kalau kita tengok tentangan ini banyak daripada parti-parti politik, barangkali ada isu-isu yang ada kepentingan masing-masinglah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori