Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pengundi Perlu Tolak Pembangkang...

PASIR SALAK - Pengundi diingatkan supaya menolak pemimpin pembangkang yang hanya tahu menabur...

Belanjawan 2023: Akta Perolehan...

KUALA LUMPUR: Kerajaan perpaduan mahu membentangkan semula Akta Perolehan Kerajaan di Dewan Rakyat...

Curi Motor: Penganggur Dipenjara...

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di...

GAMBAR: Bila Si Bapa...

Selalunya, gambar-gambar yang dimuat naik di internet memaparkan adegan-adegan mesra dan manja antara...

Muzium Pamer Jamban Emas 18 Karat Pada Umum

NEW YORK – Arca seni berbentuk sebuah jamban yang diperbuat daripada emas 18 karat dipamerkan di Muzium Guggenheim, Amerika Syarikat.

Menurut sebuah laman antarabangsa, jamban emas itu merupakan hasil buatan tangan daripada pengukir dan pengarca terkenal Itali, Maurizio Cattelan, 55 tahun.

Muzium Pamer Jamban Emas 18 Karat Pada Umum
Maurizio Cattelan

Difahamkan, arca yang dinamakan sebagai Amerika itu mampu berfungsi sepenuhnya seperti tandas biasa.

Ianya dipasang di salah satu tandas di muzium berkenaan setelah Cattelan mengumumkan persaraannya daripada menghasilkan sebarang arca.

Beberapa pengawal keselamatan di tempatkan di pintu masuk tandas berkenaan. Pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa sebarang beg ketika memasukinya.

Setelah itu, pemeriksaan ringkas dilakukan ke atas setiap pengunjung untuk memastikan tiada barang berharga diambil.


Muzium Pamer Jamban Emas 18 Karat Pada Umum

Muzium Pamer Jamban Emas 18 Karat Pada Umum
La Nona Ora (Jam Kesembilan) iaitu arca Paus Johanes Paulus II yang terjatuh di lantai kerana dihempap meteor.

Muzium yang terletak di Fifth Avenue itu menjadi tumpuan warga kota itu yang ingin melihat dan merasai sendiri jamban yang bernilai 2 Juta Dollar itu.

Selain Amerika, antara arca lain yang terkenal Cattelan ialah La Nona Ora (Jam Kesembilan) iaitu arca Paus Johanes Paulus II yang terjatuh di lantai kerana dihempap meteor. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori