Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

UTHM Tawar Diploma Lahirkan...

BATU PAHAT – Bagi melahirkan bakal imam profesional yang dapat mengaplikasikan pengetahuan teori...

Anggota JPAM Dilatih Guna...

IPOH - Pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan diberi pendedahan...

Selepas Suami, Abang Celine...

KHAMIS lalu, penyanyi Celine Dion kehilangan suami tercinta, Rene Angelil yang meninggal dunia...

Kecoh Colombia Benam Brazil,...

SANTIAGO - Colombia menewaskan Brazil 1-0 dalam kejohanan Copa America 2015 yang dicemari...

Najib Ikrar Terus Istiqamah Majukan Agama, Negara

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berikrar akan terus istiqamah dan ikhlas meneruskan perjuangan untuk memajukan agama dan negara.

Perdana menteri berkata pengalaman selama lebih 40 tahun berkecimpung dalam dunia politik dan kerajaan telah sedikit sebanyak mengajar beliau tentang hal ehwal pentadbiran.

Bagaimanapun, katanya, beliau juga berdepan pelbagai situasi getir, masalah dan kejadian-kejadian lain yang berlaku di luar kawalannya.

“Ramai orang berpandangan bahawa seorang perdana menteri itu berkuasa dan berpengetahuan atas segala perkara dalam negara ini.

“Hakikatnya, tidak. Kita perlu sedar bahawa banyak perkara berlaku memang di luar kawalan seorang perdana menteri, malah saya hanyalah seorang hamba Allah yang mempunyai kelemahan dan juga ilmu yang masih perlu saya pelajari,” katanya dalam rakaman audio ucapan perdana menteri mengenai pengalaman dalam politik dan kerajaan yang dimuat naik di laman blog www.najibrazak.com hari ini.

Najib berkata beliau juga menerima banyak tohmahan daripada pihak-pihak yang mempunyai agenda peribadi dan menggunakan isu tertentu untuk mengaburi mata rakyat bagi meraih sokongan.


“… tetapi inilah asam garam politik. Walau bagaimanapun, saya tetap istiqamah, ikhlas meneruskan perjuangan untuk memajukan agama dan negara.

“Saya tidak ada niat lain daripada matlamat tersebut dalam perjuangan saya,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut melahirkan rasa syukur kerana disertai anggota Jemaah Menteri yang mampu menjalankan tugas dengan baik, dan membolehkan rakyat menjalani hidup harmoni.

“Pengalaman 40 tahun saya inilah yang membolehkan saya masih teguh berdiri bagi berkhidmat untuk negara dan menempuhi segala cabaran yang mendatang,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori