Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kematian Akibat COVID-19 Melebihi...

BEIJING - Kadar kematian akibat coronavirus (COVID-19) mencecah 1,868 orang hari ini selepas...

Apa Motif Singapura Biar...

BIADAB... Singapura amat dikenali sejak sekian lama kerana disiplin ketegasan undang-undang terhadap rakyatnya...

Bapa ADUN P.Pinang Ditahan...

GEORGE TOWN - Bapa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang telah...

Bomba Selamatkan 2 Kanak-Kanak...

SHAH ALAM - Tindakan pantas bomba dapat menyelamatkan dua kanak-kanak lelaki, masing-masing berusia...

Najib Iktiraf Atlet Paralimpik Ikon Pencapaian Luar Biasa

SEPANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengiktiraf atlet paralimpik negara sebagai ikon Malaysia bagi pencapaian luar biasa.

Beliau berkata meskipun atlet paralimpik mempunyai kekurangan diri dan berdepan cabaran namun, mereka sentiasa beriltizam serta mempunyai kemahuan untuk berjaya di pentas besar dunia.

Pada majlis menyambut kepulangan Kontinjen Paralimpik Rio 2016 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, perdana menteri berkata kisah kejayaan atlet paralimpik pada temasya sukan berprestij itu sepatutnya merangsang semua rakyat Malaysia supaya berusaha lebih gigih.

“Kalau atlet paralimpik ada sedikit sebanyak kekurangan pada diri mereka, kita yang cukup sifatnya, jika kita ada kesungguhan lebih hebat, kita boleh mencatat pencapaian luar biasa.

“…meremang bulu roma apabila Negaraku berkumandang (pada temasya Paralimpik Rio). Mereka telah membuktikan kepada kita bahawa walaupun kita ada apa-apa jua dugaan pada diri, tetapi (kalau) kita ada keazaman dan iltizam dan kemahuan untuk berjaya, kita boleh mencapai kejayaan di pentas terbesar di dunia,” kata beliau semasa berucap pada majlis itu.

Kira-kira 1,000 penyokong menantikan ketibaan 38 atlet dan jurulatih paralimpik negara diketuai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil, Dr Ang Kean Koo.

Majlis itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim; bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isterinya yang juga penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Tun Jeanne Abdullah.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan penambahan RM100,000 bagi insentif untuk Siti Noor Radiah Ismail yang memenangi gangsa dalam acara lompat jauh T20, menjadikan insentif itu berjumlah RM200,000.

Selain itu, beliau berkata para jurulatih juga akan menerima ganjaran kerana mereka adalah wira-wira yang tidak didendang.

Najib menegaskan kerajaan menghargai sumbangan dan pencapaian para atlet paralimpik negara dengan memberi ganjaran dan pencen yang sama seperti atlet Olimpik lain.


“Kalau ada negara yang tidak mahu memberi ganjaran yang sama kepada atlet paralimpik di peringkat Olimpik, Malaysia pula sentiasa menghargai para atlet paralimpik dan meletakkan mereka sama taraf (dengan atlet lain),” kata beliau.

Kontinjen paralimpik negara mencipta sejarah cemerlang apabila meraih tiga pingat emas dan satu gangsa menerusi acara olahraga, sekali gus menamatkan cabaran di kedudukan ke-36 dalam pungutan pingat keseluruhan.

Pingat emas pertama dimenangi atlet pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 lelaki, disusuli emas kedua menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 lelaki yang turut mencipta rekod dunia dengan balingan sejauh 16.84 meter.

Pingat emas ketiga disumbangkan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20 lelaki yang turut mencatat rekod baharu dunia dengan lompatan 7.60 meter manakala gangsa diraih Siti Noor Radiah dalam acara lompat jauh T20 wanita dengan membaharui rekod Sukan Para Asia dengan jarak 5.20 meter.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan atlet paralimpik negara yang memenangi pingat emas akan diberi insentif RM1 juta dengan pencen bulanan RM5,000, pemenang pingat perak menerima RM300,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala pemenang gangsa mendapat RM100,000 pencen RM2,000 sebulan bagi pingat gangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori