Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Saya Nak Cari Makan...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin cuma...

Pengembangan AirAsia Membanggakan Malaysia

SEPANG - AirAsia, syarikat penerbangan kos rendah terbesar di Asia, telah membuatkan Malaysia...

Pembalak Terperangkap 29 Jam...

KEMAMAN - Impian dua adik beradik yang bekerja sebagai pembalak untuk menyambut Krismas...

Piala Malaysia Akan Dipersembah...

IPOH - Piala Malaysia yang dimenangi Perak pada perlawanan akhir menentang Terengganu 27...

Najib Syukur Pengebumian Jenazah Haron Din Lancar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa syukur kerana urusan pengebumian jenazah Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din berjalan lancar.

“Alhamdulillah, dimaklumkan urusan pengebumian jenazah Allahyarham Datuk Dr. Haron Din di Amerika Syarikat telah selesai dan berlangsung lancar.

“Marilah kita terus berdoa dan menyedekahkan Al-Fatihah untuk roh Allahyarham, semoga sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT,” kata perdana menteri dalam catatan terbaharu laman Facebook dan Twitternya.

Jenazah Allahyarham Haron, 76, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Road, Livermore, California, Amerika Syarikat.

Jenazah disemadikan pada pukul 5.57 petang Jumaat waktu tempatan (8.57 pagi Sabtu waktu Malaysia) selepas selesai solat jenazah yang diimamkan anaknya, Hamdi di Masjid An Noor Santa Clara, San Francisco.


Allahyarham Haron meninggal dunia pada 10.10 pagi semalam (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco akibat komplikasi jantung. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori