Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Veteran UMNO Terharu Terima...

PEKAN - Biarpun tidak mampu melahirkan kegembiraannya dengan kata-kata, namun linangan air mata...

Denggi Di Pulau Pinang...

GEORGE TOWN - Kes denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan dengan hanya 30...

Tok Mat Anggap PH...

REMBAU - Pakatan Harapan (PH) didakwa sedang berdepan dengan tsunami politik yang mereka...

Beri Layanan Baik Terhadap...

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyeru...

Najib Terima Sumbangan 592 Ekor Lembu Korban

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima sumbangan 592 ekor lembu korban daripada 19 syarikat untuk sambutan Aidiladha di kawasan Parlimen Pekan.

Ia disampaikan dalam satu majlis akad penyerahan oleh wakil syarikat berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Antara syarikat yang menyumbang ialah Sapura Holdings Sdn Bhd, NAZA Group of Companies, JL99 Group, Pertubuhan Peladang Kebangsaan, Ahmad Zaki Resources Berhad dan Kini Unggul Sdn Bhd.

Turut menyampaikan sumbangan ialah Roadcare (M) Sdn Bhd, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan Zetro Aerospace Corporation Sdn Bhd.


Haiwan berkenaan seterusnya akan disumbang kepada masjid, surau, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang melaksanakan ibadah korban di kawasan Parlimen Pekan.

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 12 Sept. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori