Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PKR Selangor Kenal Pasti...

SHAH ALAM - PKR Selangor telah mengenal pasti tiga calon yang berpotensi untuk...

Pembatalan Projek Kidex Akan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya akan merujuk kepada kabinet berhubung keputusan kerajaan...

Harga Runcit Petrol RON97...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 12 sen kepada RM2.80...

Raikan Anugerah TV Islam...

SEBAGAI tanda menghargai sokongan penonton TV AlHijrah mengumumkan layaran percuma ke web tv...

Nazrief Nazri Tak Ambil Pusing Gosip Cinta Dengan Emma

PELAKON Nazrief Nazri menjelaskan bahawa gosip yang mendakwa konon dia ada hubungan cinta dengan Emma Maembong sama sekali tidak menjejaskan kerjasama mereka menjalani penggambaran drama Nasi Minyak Kuah Cinta.

Malahan Nazrief, 25; berkata, dia dan Emma tidak pernah membincangkan hal tersebut di lokasi penggambaran kerana ia merupakan khabar angin yang tidak benar sama sekali.

Emma Maembong dan Nazrief Nazri
Emma Maembong dan Nazrief Nazri

“Kami menjalani penggambaran seperti sebelum ini. Tidak berasa janggal ataupun terganggu sama sekali. Gosip itu memang tidak benar sama sekali dan kami tidak pernah membincangkannya di set penggambaran. 

“Lagi pun, buat masa ini pengarah banyak habiskan babak kecil dan babak kami bersama masih banyak yang belum dirakamkan,” katanya kepada mStar Online.


Tambahnya, dia tidak mahu mengambil pusing dan tidak mahu melatah berkaitan perkara ini dan menjelaskan bahawa buat masa ini masih belum mempunyai teman yang istimewa dalam hidupnya.

Menurut Nazrief, dia berharap kenyataannya ini telah menjawab segala persoalan yang mengaitkan dia sebagai punca masalah yang berlaku dalam hubungan Emma dan Kamal Adli. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori