Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Terlantar Syukur...

BERA - Terlantar sejak enam bulan akibat menghidap penyakit gout yang kronik, menyebabkan...

Bakal Teroka Sektor Pertanian,...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri berminat untuk membawa masuk pelabur dari Ukraine untuk...

Lelaki Sakit Mental Menyesal...

QIANQIAN 'Queenie' Xu hanya sempat melihat dunia selama dua bulan sahaja selepas dilahirkan...

Ezlynn Enggan Buka Mulut...

MENGAKUI sedang berasa dalam keadaan tertekan sehingga kesihatannya terjejas, penyanyi dan pelakon Ezlynn...

Nelayan Trauma Tidak Mahu lagi Turun Ke Laut

MERSING – Mohd Saifudin Mamat, 32, awak-awak yang ditemui selamat semalam selepas terjatuh dari bot di perairan Pulau Tioman, Rompin pada Khamis lalu berhasrat untuk tidak mahu lagi menjadi nelayan.

Beliau berkata pengalamannya sepanjang berada di laut sukar dilupakannya.

“Ia merupakan situasi paling mencemaskan sepanjang empat tahun saya menjadi nelayan. Selama enam jam saya berada di dalam air, macam-macam yang saya fikirkan terutama isteri, ibu, ayah dan nenek saya,” katanya di rumahnya di Kampung Semanyir, Endau dekat sini hari ini.

Menurutnya, itu kali pertama beliau turun ke laut selepas berehat selama lapan bulan akibat mengalami kemalangan sebelum ini.

Ibunya Norhayati Arifin, 51, bersyukur kerana anaknya diselamatkan.

Katanya beliau menerima berita gembira itu kira-kira jam 3.30 petang semalam sebaik dimaklumkan oleh pihak berkuasa.


“Akhirnya Tuhan makbulkan doa saya, selepas masuk hari keenam dia hilang. Saya bersyukur pada Tuhan kerana dia selamat dan dapat meneruskan kehidupan bersama kami,” katanya.

Norhayati berkata disebabkan tragedi itu, beliau tidak lagi membenarkan anaknya pergi ke laut.

Mohd Saifudin ditemukan sekitar 24 batu nautika dari barat laut Pulau Tioman. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori