Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Padah Degil Buka Pintu...

SEBERANG JAYA - Penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri terpaksa memecahkan pintu...

Hadi Fayyadh Sertai Fagiano...

KUALA LUMPUR - Penyerang skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara, Hadi Fayyadh Abdul...

Al-fatihah, Seniwati Mariani Meninggal...

KUALA LUMPUR - Primadona Mariani atau Mariam Ismail, 82, disahkan meninggal dunia di...

Simen, Besi, Pasir Naik...

PUTRAJAYA – Indeks harga seunit simen dan besi mencatatkan peningkatan masing-masing sebanyak 0.3...

Netizen Dakwa Azizan ‘Musnahkan’ Komen

SUSULAN penafian Universiti Malaya (UM) mengenai penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada pakar motivasi keusahawanan, Azizan Osman dikatakan ‘menghapuskan’ semua komen mengenai perkara berkenaan di laman sosial.

Pemerhatian Mynewshub mendapati ada netizen yang ‘tersinggung’ dengan usahawan berusia 35 tahun itu kerana tidak memberi penjelasan sebaliknya memadamkan komen daripada netizen di akaun Facebook dan Twitternya hari ini.

Pemilik akaun Twitter, Amoy Piddin menulis, “Tadi kita buka page Azizan Osman, kita komen ‘Mohon jangan delete komen ini Doktor’. Sekali kita recheck & stalk balik, komen semua kena delete, sekali gus aku pun kena block. Kita rasa lucu. Hahahhahahahaha. Kenapa kah?”

Ada juga netizen yang mendakwa, akaun mereka disekat daripada melihat atau meninggalkan komen di laman sosial milik pengasas syarikat Richworks Group of Companies.

Awal hari ini, pihak UM menafikan dakwaan menerusi media sosial mengenai institusi pengajian tinggi itu pernah mengurniakan ijazah falsafah kedoktoran (PhD) kepada Azizan.

Netizen Dakwa Azizan 'Musnahkan' Komen

Penjelasan ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan sekaligus nama Azizan menjadi trending di laman Twitter hari ini.

Pelbagai respon yang diterima termasuk mendakwa Azizan sebagai penipu dan mengenakan bayaran mahal untuk menyertai program motivasi yang dikelolakannya


Tidak kurang juga yang menganggap beliau sebagai berhalusinasi sehingga sanggup menipu kelulusan akademik.

Berbeza pula komen di Facebook yang kebanyakkannya memberikan kata-kata semangat kepada Azizan dan mengecam netizen yang menulis pelbagai tohmahan tidak elok.

Razuan A Razak menulis: “Kita semua manusia biasa, kesilapan juga berlaku. Saya hanya mampu pergi kelas free beliau namun sedikit sebanyak apa yang disampaikan, merubah sikap saya untuk jadi lebih baik. Penulisan beliau dalam email juga membuka minda saya dan perbaiki diri dalam keusahawanan.”

Ada juga yang memuji cara Azizan yang memberikan motivasi dan tidak mempedulikan penipuan yang dilakukan kerana hasil pendedahan ilmunya dalam meningkatkan taraf kehidupan, beliau telah berjaya melahirkan usahawan dari pelbagai peringkat.

Bagaimanapun, Azizan belum tampil memberikan penjelasan dan lebih kepada berdiam diri dengan situasi yang berlaku sekarang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori