Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Judi Sabung Ayam: Polis...

ALOR SETAR - Polis menahan 76 lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan judi...

Siti Kassim Dan Hindraf...

KUALA LUMPUR - Dewan Ulama PAS Pusat membidas aktivis propembangkang, Siti Kassim dan...

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone)...

Trailer Pertama Untuk Filem...

WORLD of Warcraft merupakan salah satu permainan berbentuk MMORPG yang popular di seluruh...

Netizen Sebar Sijil Kahwin ‘Madu’ Nadia Tapi…

BELUM reda dengan video wanita yang dikenali sebagai Nadia Nordin memukul skandal suaminya, kini muncul pula sijil nikah untuk membuktikan wanita yang menjadi mangsa itu adalah isteri kedua.

Sijil nikah yang tersebar di media sosial hari ini mendakwa wanita yang menjadi mangsa itu adalah isteri kedua dan telah berkahwin di Songkla, Thailand.

Ada netizen menganggap dengan penyebaran sijil nikah tersebut dapat menjelaskan keadaan sebenar dan kejadian berkenaan adalah kerana isu salah faham.

Baca: Video: Nadia Nordin Bogelkan, Belasah Skandal Suami

Bagaimanapun, pemerhatian Mynewshub mendapati sijil tersebut adalah sama dengan sijil nikah dari Thailand yang boleh didapati dalam carian di Internet.

Dalam sijil tulisan Thailand dan jawi itu tidak tercatat nama mangsa dan suami kepada Nadia yang dikenali sebagai Mohd Faisal sebaliknya tertulis nama Zakaria dalam tulisan jawi.

Turut diragui adalah tarikh yang ditulis dalam sijil tersebut adalah pada Mei 2010 sedangkan kejadian ini baru sahaja berlaku.


Banyak perkara yang diragui dalam sijil nikah yang dimuat naik dalam media sosial hari ini dan sehingga kini, tiada pihak yang tampil untuk mengesahkan mengenai pernikahan mangsa yang kononnya menjadi ‘madu’ kepada Nadia.

Juga: ‘Anak Saya Tak Pernah Cinta Suami Orang’ – Ibu Mangsa

Semalam sebuah video menjadi viral di media sosial memaparkan pemilik nama Nadia Nordin memukul dengan botol seorang wanita bogel yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.

Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis selepas mengetahui kejadian tersebut dan mahukan tindakan tegas dikenakan terhadap individu yang memukul anaknya. – MYNEWSHUB.CC


Nadia Nordin Bogelkan, Belasah Skandal Suami oleh mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori