KUALA LUMPUR – Usaha Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meredakan kemarahan umat Islam berikutan tindakan pemimpin parti itu mempersendakan kematian Allahyarham Datuk Dr. Haron Din kelmarin disambut hambar sebilangan besar netizen.
Rata-rata mereka menyifatkan kenyataan Guan Eng itu sekadar mahu menyelamatkan kedudukan politik DAP yang dikecam teruk oleh rakyat gara-gara tindakan biadap pemimpin parti tersebut.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri dalam satu kenyataan semalam mendakwa kononnya beliau berasa kesal dengan tindakan pemimpin parti itu mempersenda kematian Haron Din.
“Saya ingin melahirkan rasa kesal terhadap ahli keluarga (Haron Din) sekiranya tersinggung dengan apa yang berlaku berkaitan tweet Jeff Ooi kerana ini tidak mewakili pendirian parti,” dakwanya.
Pemimpin DAP, Jeff Ooi baru-baru ini menulis di media sosial “Adios Haron Din. Let there be peace” berikutan kematian Mursyidul Am PAS itu.
Seorang pengguna Facebook menggunakan akaun Neezam Safri bagaimanapun mempersoalkan mengapa DAP tidak mengambil tindakan ke atas Jeff Ooi kerana beliau bukan ahli biasa dalam DAP.
“Betoi bkn pendirian parti tp parti boleh ambik tindakan disiplin kan? Apatah lg dia bknnya ahli biasa kan? Dgn adenya tindakan disiplin akan dpt mengekang or buatkn suma ahli tidak sewenang2nya buat statement membuta tuli tanpa mengira sensitiviti org lain.
“Lg2 bertindak bodoh & biadap khususnya kpd keluarga Allahyarham yg masih lg bersedih di atas pemergian org yg mereka sayangi…. Apakah parti berani utk ambil tindakan disiplin terhadap Jeff Ooi??,” katanya.
Berikut respons balas netizen lain ke atas kenyataan Guan Eng tersebut:
Man Azman: “Sebagai ketua LGE patutnye menegur dan mengawal ahli2 dap dr bercakap tentang isu2 sensitif kaum len.. jgn pk ada kuasa anda bleh mencampuri/mencabar urusan agama dan pemimpin len krn benci kpd islam.. akan dtg buruk padahnye.. da byk kali org islam msia dipersendakan oleh kaum kamu.. puasa, raya haji, al quran dan pemimpin2 tinggi islam diperlekehkan.. jgn sengaja cabar kesabaran org islam.. jika kami bangkit anda terjun laut nti..”
Hadrian Emmanuel Ken: “Kenapa pula En Lim kena minta maaf? En #adiosJeffOoi sudah minta maaf belum?” En #adiosJeffOoi cakap akaun twitter dia kena hack pulak. Sebelum tu bermati-matian cuba berkongsi ilmu tentang maksud perkataan ‘adios’ pada sekalian rakyat malaya”
Mahen Cbg: “Ambik tindakan…pecat atau gantung keahlian..Baru nampak tegas… celakalah kalau bab org meninggal pun nak provoke..haramjadah…”
Zulkifli Abu Bakar: “Pooohdah dok buat wayang tongkoi pulak dah kutuk puas2 kat Ulamak Islam baru nak ucap takziah lah …pi la mabuk..dajjal sepet..”
Amin Shah: “Amin Shah Kami memahami kebencian dan penghinaan anda semua kepada pemimpin Islam kami. Terima kasih di atas keterbukaan anda”
Prince Malay: “Harap DAP sokong RUU bila di Parlimen nanti, buktikan DAP tak Racist dan toleransi beragama. Biarkanlah orang Islam dengan kehendak agama mereka. Barulah harmoni Malaysia”
Bagaimanapun, sebilangan kecil netizen dipercayai penyokong Pakatan Harapan berpihak kepada Guan Eng dalam isu tersebut.
Pengguna Facebook Fadzilomar berkata: “Terbaik…mcmni lah statement org politik..baru blh hidup harmoni” – mynewshub.cc