Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Fara Fauzana Mahu Tinggal...

PENYAMPAI radio popular, Fara Fauzana hari ini membuat pengumuman bahawa dirinya kini sudah...

“Saya Yakin Negatif Koronavirus”...

“SAYA sudah bersedia.” Itu jawapan ringkas penyanyi, Ika Mustafa yang berdebar menanti keputusan...

Jangan Perkecil Soal Perpaduan...

BELURAN - Soal perpaduan tidak harus diperkecil, tidak harus tidak diendahkan kerana nilai...

Konsep Tanah Kubur Islam...

KUALA LUMPUR - Konsep tanah perkuburan Islam pintar, Raudhatul Sakinah yang dibangunkan Majlis...

Nicole Scherzinger Tak Percaya Botoks Untuk Cantik

PENYANYI antarabangsa Nicole Scherzinger memberitahu dia tidak akan menggunakan rawatan botoks seperti dilakukan kebanyakan selebriti lain hanya untuk mengekalkan kecantikannya.

Kata Nicole, dia percaya penjagaan diri yang betul termasuk senaman dan diet akan membantu melambatkan proses penuaan secara semula jadi tanpa perlu menggunakan sebarang bahan kimia yang membahayakan kesihatan.

“Botoks bukan untuk saya kerana yang paling penting sebagai wanita kita kena bijak menjaga kesihatan diri untuk sentiasa nampak muda dan sihat,” katanya kepada Female First.

Tambah bekas anggota kumpulan Pussycat Dolls itu, selain mengamalkan diet yang sihat dia sentiasa memastikan kuantiti air yang diminum mencukupi dan mendapat tidur yang sempurna.

“Saya akan pastikan mendapat tidur secukupnya sesibuk mana pun jadual kerja saya selain minum banyak air mineral.


“Tiada apa yang istimewa pada amalan diet saya cuma disiplin perlu tinggi,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori