Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

SPR Tutup Awal 25...

UMNO percaya wujud usaha dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk kurang peratusan keluar...

Tiada Rancangan Buat Masa...

SINGAPURA - Singapura tidak mempunyai sebarang rancangan, buat masa ini, untuk membina jambatan...

PBT Jangan Tunggu Aduan...

KUALA LUMPUR – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa untuk lebih proaktif dalam...

Pembangkang Guna Isu Semasa...

KUALA LUMPUR - Pembangkang sentiasa menggunakan isu semasa sebagai helah untuk dipolitikkan bagi...

Norsakinah, Pelajar Malaysia Tajaan JPA Hilang Di Perancis

SEORANG pelajar Malaysia, Norsakinah Naim, 19,  yang sedang menuntut di sebuah universiti di Perancis dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu.

Sakinah tidak pulang kerumah selepas keluar dengan hanya membawa beg dompetnya dan disedari oleh rakan serumahnya yang kemudian membuat laporan kehilangan di Kedutaan Malaysia di Perancis.

Berasal dari Sungai Petani Kedah, Sakinah merupakan pelajar tahun pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di IUT De Rouen mengambil jurusan kejuruteraan kimia.

Rakan serumah Sakinah memberitahu bapanya, Naim Awang bahawa mereka menemui telefon bimbit anaknya itu sedang berdering dan ditinggalkan dalam biliknya, sebelum menyedari ketiadaan Sakinah di rumah sewa mereka.

Guru kaunselor Sakinah di Sekolah Mengengah Kebangsaan Pekula, Tikam Batu juga memberitahu bahawa Sakinah ada menghubunginya pada Jumaat lalu tetapi panggilan tersebut terputus.

Walau bagaimanapun, guru tersebut ada menghubungi Sakinah semula selepas itu tetapi panggilan tersebut dijawab oleh rakan serumahnya yang memberitahu Sakinah tidak pulang kerumah.


Tambah Naim, dia dan isterinya hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar anaknya berada dalam keadaan yang sihat dan selamat serta dijumpai dalam masa yang terdekat. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori