Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

BNM Akan Permudahkan Penggabungan...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) bersedia untuk memudahkan penggabungan bank jika...

Polis Sandakan Selesaikan 11...

SANDAKAN - Polis menyelesaikan 11 kes pecah kedai di daerah ini, dengan tertangkapnya...

Malaysia Siap Sedia Hadapi...

PUTRAJAYA - Malaysia yang selama ini tidak pernah mengalami fenomena puting beliung, kini...

Boeing Cipta Tandas Basmi...

BOEING berjaya menghasilkan tandas yang membasmi kuman secara automatik selepas digunakan dan menjalani...

Operasi Jejak Mangsa Hilang Diperluas

HULU TERENGGANU – Operasi mencari dan mengesan seorang remaja lelaki yang dikhuatiri hilang di Sungai Getang, di sini semalam diperluas sehingga jarak satu kilometer.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zamri Omar berkata seramai 10 penyelam skuba daripada jabatan bomba juga terbabit melakukan pencarian.

Katanya dalam operasi memasuki hari kedua itu, seramai 55 anggota terlibat termasuk bomba, polis serta penduduk kampung.

“Selain melakukan selaman, kita juga mencari di tebing sungai serta rondaan menggunakan bot di kawasan sungai tersebut,” katanya kepada Bernama.

Semalam seorang remaja ditemui lemas manakala rakannya hilang selepas mandi di sungai berkenaan kira-kira pukul 4 petang.


Bagaimanapun, mayat Mohd Atiqullah Idris, 14, ditemui kira-kira pukul 7.20 malam tadi manakala Abdul Hadi Abd Ghani, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai, masih hilang.

Mohd Zamri berkata penduduk kampung yang turut membantu telah memasang pukat dan jaring bagi menggelakkan mangsa dihanyutkan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori