Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Nizar Eksploit Allah, Kantoi...

KUALA KANGSAR - Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar yang sepatutnya...

Tumpu Pelaburan Domestik Kesan...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah yang telah diperkenalkan dalam...

Marion Dihentam Di Instagram...

Kehidupan seorang artis sentiasa diperhatikan peminat hiburan baik dari segi fesyen pakaian, hinggalah...

Saksi Kes Gaduh ADUN...

ALOR SETAR - Pihak polis meminta saksi yang melihat aksi pergaduhan melibatkan seorang...

Orang Utan Miang Cium Pelancong Wanita

BEIJING – Siapa sangka spesies primat pun pandai ‘menggatal’ dengan wanita. Namun itulah yang seolah-olah dilakukan seekor orang utan dalam sebuah video yang menjadi viral di lelaman media sosial di China.

Menurut laman berita Daily Mail, video itu dirakamkan di sebuah pusat tarikan hidupan liar di China, dan menunjukkan orang utan tersebut tersengih dan tersenyum lebar ketika berkali-kali bergambar dengan seorang pelancong wanita.

Namun, setiap kali bergambar, orang utan itu tanpa segan silu mengambil kesempatan untuk mencium wanita tersebut.

Ketika bergambar bersama, mamalia tersebut, yang memakai seluar jeans, mulanya berdiri sambil meletakkan kedua-dua tangannya di atas bahu pelancong tersebut, yang duduk di atas bangku.

Namun, ketika itulah, ia bergerak lebih hampir ke bahu pelancong itu, lalu menciumnya di pipi, dan kemudian tersenyum dengan menunjukkan gigi di hadapan kamera, menurut Daily Mail.

Haiwan itu kemudian dilihat duduk bersebelahan wanita itu dan ber‘posing’, namun tiba-tiba mencapai tangan wanita itu dan menciumnya.

Orang Utan Miang Cium Pelancong Wanita

Tidak berhenti di situ, orang utan tersebut menciumnya sekali lagi di pipi.

Akhir sekali, haiwan itu digendong pelancong tersebut, sempat menciumnya sekali lagi di pipi, dan kemudian di tangannya sebagai ucapan selamat tinggal sebelum wanita itu berlalu pergi.


Si pelancong pula, meskipun terkejut, mendapati aksi gatal orangutan itu begitu lucu dan tidak berhenti tersengih dan tertawa kecil.

Menurut Daily Mail, video itu dikongsi menerusi laman Facebook akhbar tempatan People’s Daily dan sudah disaksikan lebih 2.2 juta kali.

Namun, ramai juga pengguna yang menulis komen bahawa tempat-tempat tarikan haiwan seperti itu adalah sejenis kekejaman haiwan.

Pengarah PETA UK, Elisa Allen, memberitahu Daily Mail: “Orang utan adalah haiwan pemalu, sensitif, amat bijak dan rumit dari segi sosial – bukan prop atau objek ejekan.

“Apabila mereka dilihat ber‘posing’ atau membuat persembahan, ini kerana mereka takut apa akan berlaku jika mereka tidak berkelakuan ‘baik’,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori