Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PKP: Permohonan Buka Lebih...

KUALA LUMPUR - Permohonan untuk lebih banyak sektor ekonomi dibuka sepanjang tempoh pelaksanaan...

Sebab-Sebab Harimau Muda Bakal...

TAK sabar rasanya nak tunggu pertembungan antara dua negara hebat malam ni! Agak-agak...

Koperal Polis Maut Dipercayai...

SHAH ALAM: Seorang anggota polis maut dipercayai dipukul dalam kejadian di sebuah pangsapuri...

Muhyiddin Dipanggil Menghadap Sultan...

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menghadap Sultan Johor, Sultan...

Pakatan Pelawa MIC, MCA, Gerakan Tinggalkan UMNO

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan mempelawa MCA, MIC dan Gerakan meninggalkan parti Melayu UMNO bagi menyertai Pakatan Harapan.

Pemimpin Pakatan Harapan daripada Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat berkata, MCA, MIC dan Gerakan wajar menyertai Pakatan Harapan berikutan persempadanan semula kawasan Parlimen.

“Persempadanan semula Parlimen yang dilakukan oleh SPR (suruhanjaya Pilihan Raya) dengan mengumpukan pengundi bukan Melayu di Parlimen yang telah dimenangi oleh pembangkang hanya menyelamatkan UMNO.

“Keadah ini boleh terus melemahkan MCA, MIC dan Gerakan. Apa guna parti-parti bukan UMNO masih berada dalam Barisan Nasional (BN) lagi. Mari kita bersama dalam pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

PAN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan anggota parti Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP.

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP dan PKR pada tahun lalu bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang.


DAP, PKR dan PAS sebelum ini menjalin kerjasama politik dibawah Pakatan Rakyat.

Kerjasama itu bagaimanapun terlerai disebabkan kedegilan PAS berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri oleh DAP dan PKR boleh menjejaskan sokongan bukan Islam.

Beberapa bekas pemimpin PAS yang taksub kepada DAP dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian menubuhkan PAN bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori