Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bak Aksi Filem, Wanita...

SEORANG wanita bertindak nekad 'menculik' bekas kekasihnya dalam satu majlis perkahwinan lelaki tersebut dengan...

Polis Tahan 11 Pekerja...

KULAI : Polis telah menahan seramai 11 suspek yang dipercayai terlibat dengan insiden...

Saya Juga Hampir Jadi...

PETALING JAYA – Jika sebelum ini, kebanyakan mangsa penipuan ‘scammer’ terdiri daripada orang...

“Jumpa Baru Bayar” Adil...

KUALA LUMPUR – Perjanjian “no cure, no fee” atau “jumpa baru bayar” merupakan...

PAN Hanya Melutut Kepada Allah S.W.T – Hasanuddin

KUALA LUMPUR – “Kami hanya gunakan ‘lutut’ ini untuk menyempurnakan sujud kami kepada Allah S.W.T,” kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Hasanuddin Mohd. Yunus.

Tegas beliau, PAN akan menggunakan lutut mereka untuk terus memperkukuhkan kaki bagi menolong agama Allah S.W.T, bukan melutut kepada PAS.

Beliau turut menegaskan bahawa seluruh pemimpin dan ahli PAS adalah manusia bebas dan merdeka maka tidak akan melutut kepada PAS.

“Kami dilahirkan bebas dan merdeka oleh ibu-ibu kami dan tidak akan sama sekali tunduk melutut kepada sesama makhluk,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian bagi membalas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bahawa PAN akan melutut kepada PAS suatu hari nanti.

Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan itu sebagai respons kepada dakwaan PAN kononnya ramai penyokong PAS di Kelantan kini menyertai PAN.


Asanuddin turut menulis tentang teguran Sayidina Omar al-Khattab kepada Gabenornya di Mesir bagi menyindir PAS.

“Sejak bila kami meminta manusia menyembahmu sedangkan ibu-ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?” - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori