Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Curi ambulans Nak Tonton...

Pontiac (Michigan) - Kecewa kerana kekurangan pengangkutan awam dan terdesak untuk tiba di...

Perkukuh Hubungan Sesama Insan...

KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini perlu mengambil peluang bersempena bulan...

Membentuk Disiplin Remaja Dengan...

KUALA LUMPUR - "Kasih sayang adalah perkara paling asas dalam membentuk disiplin remaja...

Tiada Lokasi Baharu Positif...

KUALA LUMPUR - Tiada lokasi baharu disahkan positif penyakit selesema burung (H5N1) di...

PAN Kecam Pemimpin DAP Persenda Kematian Haron Din

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mengikuti langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mengecam sekutunya DAP bagi mengelak daripada terpalit dengan kontroversi mempersenda kematian Allahyarham Datuk Dr. Haron Din.

PAN dalam satu kenyataan rasmi oleh Timbalan Penasihat Umumnya, Abdul Ghani Samsuddin berkata, PAN menolak keras perbuatan biadap pemimpin DAP mempersendakan kematian Murysidul AM PAS tersebut.

“Adalah tidak wajar sekiranya kita mempolemik mahupun mempolitikkan soal kematian yang sudah pasti mengguris perasaan semua pihak khususnya ahli keluarga.

“Kami kecewa tindakan segelintir individu bertindak biadap mengulas berkaitan pemergian Haron Din hingga mencetuskan kemarahan semua pihak. AMANAH (PAN) menolak sekeras-kerasnya tindakan seperti ini yang tidak mencerminkan sifat yang sepatutnya ditunjukkan oleh semua orang tanpa mengira agama, bangsa mahupun parti politik,” dakwanya dalam kenyataan itu.

PKR Pulau Pinang semalam terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan bagi menjauhkan parti itu daripada DAP dalam kontroversi mempersendakan kematian Haron Din.

PAN dalam kenyataannya semalam bagaimanapun tidak menyebut nama pemimpin DAP yang didakwa ramai pihak mempersendakan kematian Haron Din.


“Tindakan mempolemikkan kematian almarhum adalah satu tindakan yang tiada faedahnya sama ada kepada politik mahupun negara,” kata Abdul Ghani yang senada dengan kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin semalam.

Mufti Perlis semalam menasihati DAP supaya menangguhkan mengeluarkan kenyataan berhubung Allahyarham Haron Din yang boleh menimbulkan kemarahan umat Islam.

Kata Mohd. Asri, DAP perlu bertindak bijak dengan tidak mengeluarkan kenyataan ke atas Haron Din yang boleh menimbulkan kemarahan tanpa sebarang faedah politik.

“Jika pun ada perbezaan dengan orang yang baru meninggal, orang yang bijak akan menangguhkan pendapatnya pada waktu yang sesuai. Pilih masa yang sesuai,” kata Mufti Perlis. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori