Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PM Arah KKM Ambil...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Kementerian Kesihatan...

Terima Kasih… Mynewshub Kini...

BERMULA 6 tahun lalu.... Dengan beberapa rakan baik lama, Mynewshub memulakan langkah dalam dunia...

BNM Naikkan OPR Sekali...

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia hari ini memutuskan...

Melacurkan Diri: Ibu Tunggal...

KUALA TERENGGANU - Seorang ibu tunggal berumur 30 tahun dijatuhkan hukuman enam sebatan...

Konflik Syria: Pandangan Malaysia Diterima Baik PBB

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima baik pandangan dan keprihatinan Malaysia terhadap konflik berdarah di Syria, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain anggota Majlis Keselamatan, timbalan perdana menteri berkata pandangan Malaysia tersebut turut diterima baik oleh pemimpin-pemimpin negara yang terlibat dalam proses mencari penyelesaian di negara bergolak itu.

Justeru, katanya, ini membuktikan negara kecil seperti Malaysia turutmempunyai peranan penting dalam memberi pandangan dan cadangan bagi mencari penyelesaian berkekalan di negara tersebut.

Ahmad Zahid, yang kini sedang berada di New York, berkata demikian ketika ditemu bual secara langsung melalui program ‘Landskap’ terbitan RTM di sini, malam tadi.

Semalam, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, telah menyampaikan ucapannya pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Mengenai Situasi di Syria pada Majlis Keselamatan PBB.


Mengulas mengenai pandangan segelintir pihak tentang keperluan negara memberi perlindungan kepada 3,000 pelarian Syria, beliau menegaskan bahawa tindakan itu dilakukan atas nama kemanusiaan dan demi menterjemahkan komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata jumlah tersebut adalah kecil berbanding 1.5 juta pelarian Syaria di Lubnan dan ratusan ribu lagi yang sedang berlindung di negara-negara Kesatuan Eropah.

Katanya, langkah tersebut bukan sesuatu perkara yang baharu tetapi satu tindakan Malaysia yang konsisten selepas pernah memberi perlindungan kepada 300 warga Bosnia yang satu ketika dahulu negara mereka mengalami konflik yang sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori