SEORANGÂ lelaki mempunyai cara tersendiri untuk melamar kekasihnya yang merupakan seorang anggota bomba, dengan membuat panggilan palsu.
Mark Edwards, 33, menghubungi Bomba dengan menipu bahawa cincinnya telah tersangkut di jari dan dia memperlukan bantuan kecemasan.
Apabila kekasihnya, Jodi Vincent, 35, tiba di situ barulah dia menyedari ia bukan panggilan tugas biasa.
Mark kemudiannya melamar kekasihnya itu dan video berkenaan telah dimuatnaik dalam Facebook namun video itu telah mendapat kecaman ramai.
“Duit cukai aku hanya untuk lamaran perkahwinan, memalukan. Meletakkan nyawa orang sebagai risiko. Gila,’’ demikian antara kecaman yang diterima pasangan terbabit.
Mark bagaimanapun telah berpakat dengan ketua balai bomba itu bahawa dia akan membatalkan lamaran tersebut sekiranya terdapat panggilan kecemasan yang sebenar.
Jodi telah menjadi anggota bomba sejak 11 tahun lalu dan bertugas di balai bombadi Birmingham. Sebaik menerima lamaran tersebut, Jodi terus menyatakan `ya’ kepada kekasihnya sejak enam tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC