Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

TMJ Persoal Pemimpin Kerajaan,...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan tindakan pemimpin...

Gaduh Akibat Cemburu Dipercayai...

KUANTAN - Cemburu dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan pelajar sebuah pusat tahfiz di...

Kerugian Sebenar 1MDB Sedang...

KUALA LUMPUR : Jumlah kerugian sebenar dialami syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Bhd...

Harimau Malaysia Dapat Jersi...

SKUAD kebangsaan, Harimau Malaysia menerusi jenama Nike, hari ini telah memperkenalkan dua jersi...

Malaysia Bangga Dengan Anda, Siti Noor Iasah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian atlet paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin pada Sukan Paralimpik Rio de Janeiro.

Perdana Menteri berkata walaupun nasib tidak menyebelahi atlet negara itu mendapatkan pingat dalam acara 400m T20 wanita (masalah pembelajaran), Siti Noor Iasah tidak perlu berputus asa.

“Walaupun nasib tak menyebelahi, jelas nampak kesungguhan. Jangan putus asa Siti Noor Iasah, teruskan usaha.

“Malaysia bangga dengan anda #Rio2016 #LajuIasahLaju,” tulis Najib di laman Twitter rasmi @NajibRazak hari ini.

Siti Noor Iasah menamatkan saingan akhir di tempat keempat dengan mencatat masa 58.55 saat sekali gus terlepas peluang mendapatkan gangsa apabila pelari Poland dan pemegang rekod dunia, Barbara Niewiedzial merebahkan diri di garisan penamat untuk meraih gangsa dengan catatan 58.51s.


Pingat emas acara itu dimenangi atlet Amerika Syarikat, Breanna Clark dengan catatan masa 57.79s manakala pingat perak menjadi milik Natalia Iezlovetska dari Ukraine dengan 58.48s. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori