Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Video: Ibu Dan Anak...

TINDAKAN seorang wanita dan anak perempuannya yang melawan ketika diragut dalam satu rakaman...

Wang 1MDB: Malaysia Lantik...

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia telah melantik firma guaman Singapura untuk mengambil tindakan undang-undang...

Syarikat IT Digesa Manfaatkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggesa syarikat teknologi maklumat di negara...

Orang Utan Jadikan Pokok...

KUALA LUMPUR: Orang utan didapati berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran mampan di ladang...

PAS Dipelawa Kerjasama Dengan Pakatan, Mahathir

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menyeru PAS supaya berkerjasama dengan Pakatan Harapan bagi bersama-sama menumbangkan parti Melayu UMNO.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub berkata, PAN bagaimanapun membuat tawaran itu hanya sekiranya PAS sudi.

“Saya berharap semua pemimpin politik bercita-cita menjadikan (Datuk Seri) Najib Tun Razak Perdana Menteri yang terakhir dalam sejarah Malaysia.

“Bagaimana nak jadikan Najib dan angkatannya (UMNO) paling akhir dalam sejarah negara?

“Sama ada Pakatan Harapan campur Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS kalau mahu. Kita boleh tumbangkan UMNO,” dakwanya dalam satu ceramah baru-baru ini.

Pakatan Harapan adalah sebuah gabungan parti politik pembangkang yang didominasi oleh DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN.


Salahuddin dalam pada itu mengakui kerjasama Pakatan Harapan dengan parti Tun Dr. Mahathir Mohamad semata-mata bertujuan menumpaskan UMNO.

Justeru, katanya, PPBM adalah parti yang sangat disayangi Pakatan Harapan kerana ia diterajui bekas Perdana Menteri.

“Ini komitmen kita. Insyaallah PAN sekiranya hari ini kita cakap A, esok A juga, Kita tak pandai hari ini lain esok lain. Kita mesti jelas,” katanya dalam nada menyindir PAS. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori