Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pemain Muslim Warnai Liga...

TANPA dirancang, bola sepak di England kini diwarnai pemain-pemain Muslim di mana situasi...

Kumpulan Rentas Parti Parlimen...

Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) menggesa satu siasatan bebas dan telus diadakan...

Agong Titah Rakyat Patuhi...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan...

Pikat Pelanggan Cina, DSV...

SELEPAS kecewa menaja sebuah program hiburan gergasi berbahasa Melayu menerusi sebuah stesen tempatan...

PAS Nasihati PAN Kembali Ke Pangkal Jalan

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Kedah menasihati pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) yang sedang dibayangi kebimbangan terhadap setiap usaha untuk memartabatkan syariah supaya kembali ke pangkal jalan.

Ketuanya, Mohd. Azam Abd. Samat berkata, PAN juga dilihat berada dalam keadaan cukup terancam, membentak dan hilang arah.

“DPP Kedah melihat PAN bagai dibayangi kebimbangan terhadap setiap usaha yang berkait dengan memartabatkan syariah.

“Maka, siapa sahaja yang dilihat bersama dalam perkara itu ‘diperangi’ semberono. Kami nasihatkan agar kembalilah ke pangkal jalan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan tindakan Naib Presiden PAN, Datuk Mujahid Yusof Rawa mengkritik Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad kerana menyatakan umat Islam wajib menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355).

Mujahid mengingatkan Mufti Wilayah Persekutuan supaya tidak menggunakan kedudukannya dalam menjatuhkan hukum wajib atau tidak berkaitan urusan undang-undang.


“Sikap ditunjukkan Mujahid itu angkuh, tidak menghormati autoriti, jumud, bahkan tidak menghayati makna “Rahmatan lil ‘alamin” yang kononnya menjadi konsep pembawaan parti itu.

“Sebaliknya, membuka semakin banyak tembelang hipokrit PAN dari hakikat digembar-gemburkan,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori