Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bangunan Tinggi Di Changsha,...

BEIJING: Kebakaran besar berlaku membabitkan sebuah bangunan pencakar langit di bandar Changsha, di...

Malaysia-Thai Tingkat Perangi Seludup...

BANGKOK – Langkah mempertingkat usaha memerangi aktiviti penyeludupan dadah akan menjadi agenda utama...

Anggota Parlimen Diingatkan Jangan...

KUALA LUMPUR - Setiap Anggota Parlimen perlu bertanggungjawab atas segala kenyataan yang dikeluarkan...

KWSP Jalan Raja Laut...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut mengambil langkah...

Pasangan Pingat Perak Rio Layak Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong menepati status sebagai pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 apabila berjaya mara ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea di Seoul.

Beregu pilihan kelima itu mengalahkan beregu England, Peter Briggs-Tom Wolfenden 21-17, 21-16 pada perlawanan pusingan kedua hari ini, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfworldsuperseries.com.

V Shem-Wee Kiong akan diiringi oleh beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying selepas gandingan pingat perak sukan Rio itu mengalahkan gandingan Korea Selatan, Kim Duk Young/Kim Hye Rin dengan keputusan sama, 21-17, 21-16.

Bagaimanapun, beregu lelaki profesional negara, Hoon Thien How/Teo Kok Siang, gagal layak ke suku akhir selepas kalah kepada beregu muda China, Huang Kaixiang/Wang Yilyu 21-17, 13-21 dan 9-21.


Dalam pada itu, cabaran negara dalam acara perseorangan lelaki berakhir apabila wakil tunggal negara, Iskandar Zukarnain Zainuddin gagal melepasi pusingan kedua setelah kalah kepada pemain China, Qiao Bin 21-13, 21-19.

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, menarik diri daripada kejohanan bernilai US$600,000 (RM2.477 juta) itu bagi memberi tumpuan kepada Terbuka Denmark dari 18 hingga 23 Okt dan Terbuka Perancis dari 25 hingga 30 Oktober ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori