Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas ADUN Ayer Hangat...

ALOR SETAR - Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat Datuk Mohd...

1 Mati, 2 Cedera...

RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan dua lagi cedera dalam kejadian...

Pemimpin, Rakyat Perlu Bersatu...

MELAKA - Pemimpin dan rakyat digesa berganding bahu bagi mengekalkan perpaduan, kerjasama dan...

“Korban Penjawat Awam”

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menzahirkan rasa terkilan apabila sekali lagi penjawat awam...

Pasar Raya Singapura Pantau Pelanggan Curi Troli

SINGAPURA – Bagi menangani masalah troli hilang, rangkaian pasar raya terbesar NTUC FairPrice melancarkan insiatif pegawai penguat kuasa mendekati pelanggan supaya mengembalikannya.

Diberi nama ‘Trolley Enforcement Project’, inisiatif aneh itu yang mula dilancarkan pada 2 September diharap dapat mengekang trend para pelanggan daripada suka membawa lari troli keluar daripada premis pasar raya tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FairPrice, Seah Kian Peng, ia akan dimulakan di pusat beli-belah Jurong Point yang berdepan dengan paling banyak kes troli berjaya dibawa keluar dan ditinggalkan di republik berkenaan.

Dianggarkan 200 troli dijumpai di sekitar kawasan pusat itu setiap hari. Purata kira-kira 1,000 unit troli besar atau lazim disebut shopping carts trolley hilang setiap bulan daripada kesemua 100 cawangan pasar raya berkenaan.

Ia naik hampir 20 peratus berbanding rekod lima tahun lalu. Dua pegawai penguat kuasa troli akan bertugas dan mereka akan berdiri di pintu keluar pasar raya untuk meminta para pelanggan supaya memulangkannya.

“Kami memutuskan untuk merintis insiatif ini di Jurong Point bagi melengkapkan usaha mendidik orang ramai dan menggalakkan mereka supaya menggunakan troli secara bertanggungjawab,” kata Kian Peng.

FairPrice ujar beliau terpaksa membelanjakan lebih S$150,000 (kira-kira RM460,000) pada setiap tahun untuk membaiki, mengganti dan mendapatkan semula troli-troli yang tidak dikembalikan oleh ratusan ribu pelanggannya.

Baca: Pembeli ‘Curi’ Troli Bakul Pasar Raya Jadi Trend Di Singapura

Pasar Raya Singapura Pantau Pelanggan Curi Troli

Sebagai sebahagian projek itu, FairPrice bekerjasama dengan Gerakan Baik Budi Singapura dan Kelab Masyarakat Frontier untuk melibatkan pelajar dalam usaha menyebarkan mesej penggunaan troli secara bertanggungjawab.


Sejumlah 15 pelajar dari Sekolah Menengah Jurong West mengedarkan risalah kepada pengunjung dan penduduk di kawasan itu. Maklumat kempen juga dipasang pada troli bagi memaklumkan pengguna bahawa ia milik FairPrice.

Ini termasuk notis peringatan bahawa pihak pengurusan pasar raya itu berhak untuk melaporkan mereka yang didapati sengaja membawanya keluar daripada pusat beli-belah tersebut kepada polis sebagai kes curi.

Beberapa langkah lain pernah diperkenalkan oleh NTUC beberapa tahun lalu bagi menangani masalah berlarutan troli yang ditinggalkan pelanggan. Ini termasuk menukar kad pengenalan, pemagaran dan sistem bayar troli.

“Namun semuanya hanya mempunyai kejayaan terhad dalam menangani isu ini. Para pengunjung sering sahaja mencari jalan untuk mengelak sistem keselamatan,” kata Kian Peng yang dipetik agensi berita MediaCorp.

Beliau berharap inisiatif baharu itu akan melengkapi usaha berterusan NTUC dalam menangani masalah troli yang ditinggalkan: “Kami sentiasa cuba dan cari huraian baharu. Kami rasa ini adalah langkah ke hadapan.

“Ini adalah perubahan mendadak berbanding inisatif sebelum ini. Namun kami yakin setelah memaklumkan kepada masyarakat, mereka beri sokongan, mari kita lakukan sesuatu,” tambahnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori