Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Dron Bawa Lelaki Miskin...

KISAH lelaki miskin di Ghana dapat ‘rezeki terpijak’ menunaikan haji menjadi tular di...

Lebuh Kuantan Di Guangxi,...

KUALA LUMPUR - "Mengikut hemat sesetengah pihak, maka terjuallah kedaulatan negara gergasi China...

Pasport Malaysia Versi Baharu...

PUTRAJAYA - Buku merah saiz kecil ini kelihatan biasa-biasa sahaja tetapi bagi mereka...

Tips Untuk Dapatkan Tidur...

SALAM Aidilfitri diucapkan buat semua pembaca Mynewshub.Dalam kita bergembira menjamu selera dan bertemu...

Pasar Super Kinta Mulai Sesak Menjelang Aidiladha

IPOH – Pasar Besar Ipoh, Super Kinta di sini terus menjadi tumpuan umat Islam untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan sebagai persiapan akhir menjelang sambutan Aidiladha, Isnin depan.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati jalan serta kawasan sekitar pasar mula sesak sejak 8 pagi.

Seorang suri rumah, Hassanah Hassan, 52, berkata beliau memilih untuk membeli keperluan di pasar itu kerana semuanya boleh diperoleh di bawah satu bumbung pada harga yang berpatutan.

“Kadang kala saya membeli di pasar raya besar, namun untuk keperluan raya saya selesa ke sini kerana semua yang diperlukan seperti daun kunyit, serai, ayam, ikan dan lain-lain perkakas ada di sini,” katanya kepada Bernama.

Menurut Hassanah, walaupun terdapat sesetengah barang harganya agak mahal berbanding hari biasa seperti makanan laut, namun ia mungkin disebabkan faktor kekurangan bekalan.

Bagi Ramanizam Ahmad, 39, seorang kakitangan kerajaan pula harga yang dijual sempena Aidiladha tidak meningkat seperti Aidilfitri dan segala keperluan mencukupi.

“Kalau Raya Aidilfitri, memang selalu ada masalah barang habis, harga naik dari kebiasaan tapi untuk Aidiladha masalah macam itu tiada,” katanya.


Sementara itu, seorang peniaga daun ketupat palas Syed Alang Syed Baharom, 56, berkata walaupun permintaan orang ramai agak tinggi pada musim perayaan namun bekalan masih mencukupi.

“Saya menjual daun ketupat ini secara bermusim sejak 20 tahun lalu dan masih mengekalkan harga sejak beberapa tahun kebelakangan ini iaitu RM5 seikat,” katanya.

Mohd Saifuddin Jamaluddin, 45, yang menjual kerang mengakui harga jualannya kali ini agak mahal iaitu mencecah RM20 sekilogram jika telah dibuang kulit kerana bekalan kurang.

“Harga kerang pada bila-bila masa pun memang tak sama, kadang naik kadang turun tapi bukan disebabkan musim perayaan tapi lebih bergantung kepada keadaan bekalan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori