Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kehadiran Pelajar Ke Sekolah...

PUTRAJAYA : Kehadiran murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan...

Buat Laporan: Perasuah Mesti...

PERANG menangkap penerima rasuah bukan satu-satunya jalan menghapuskan rasuah. Kes rasuah membabitkan aktiviti...

Nahas Duke: Dua Pemandu...

KUALA LUMPUR: Dua pemandu kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya...

Kes Terjun: ‘Henti Sebar...

GEORGE TOWN - Isteri kepada mangsa yang dipercayai terjun Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah...

Pasaran Getah Lantun Semula Untuk Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR – Pasaran getah Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi hari ini berikutan permintaan yang muncul semula ekoran penurunan harga dalam dua hari dagangan lepas, kata seorang peniaga.

Beliau berkata lantunan semula pasaran tempatan itu adalah sejajar dengan aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah Tokyo ditambah dengan kenaikan harga minyak mentah.

“Pasaran memberi reaksi positif kepada berita bahawa minyak mentah AS menunjukkan penurunan inventori terbesar sejak 1999,” katanya.

Pada tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi SMR 20 meningkat 4.5 sen kepada 529.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal menokok 3.5 sen kepada 448.5 sen sekilogram.


Harga penutup tidak rasmi pada 5 petang bagi SMR 20 naik 2.0 sen kepada 530 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 7.5 sen kepada 453 sen sekilogram. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori