Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Dua Remaja 16 Tahun...

DUNGUN - Kegembiraan dua remaja lelaki berusia 16 tahun dapat berkelah di Air...

240 Syarikat Di Perlis...

KANGAR - Sebanyak 240 syarikat yang mencatat nilai jualan tahunan melebihi RM5 juta...

Sarawak Fokus Capai Sasaran...

KUCHING : Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited memastikan Sarawak kekal di landasan...

‘Program Sentuhan Rakyat’ Dipengaruhi...

KUALA LUMPUR - Perbezaan penawaran harga jualan dalam Program Jualan Sentuhan Rakyat adalah...

Peg. Kerajaan Dipecat Kerana ‘Diangkat’ Redah Lumpur

SEORANG pegawai kerajaan terpaksa berdepan dengan alasan dibuang kerja yang memalukan iaitu gara-gara gambarnya diangkat dua lelaki untuk mengelak daripada terkena lumpur menjadi viral, baru-baru ini.

Shanghaiist melaporkan seorang kakitangan biro pendidikan, Bao Xuwei, melawat sebuah kawasan yang terjejas akibat taufan Meranti di Taishun di Wilayah Zhejiang, China.

Ketika lawatan tersebut, Bao baru pulang dari mesyuarat dan tidak sempat untuk menukar kasut yang sesuai.

Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian, dua wakil insurans membantu dengan mengangkat dirinya untuk mengharungi kawasan berlumpur.

Kejadian tersebut sempat dirakam seorang jurugambar yang kemudiannya memuat naik gambar tersebut yang menjadi viral dalam media sosial dan dikecam ramai netizen.

Bao kini dibuang kerja dan biro pendidikan tempatan sedang menjalankan siasatan mengenai insiden berkenaan.


Difahamkan, dua pekerja syarikat insurans dalam gambar tersebut mengakui turut membantu orang ramai yang melalui kawasan itu dan bukan Boa seorang sahaja.

Sementara itu, jurugambar yang dikenali Hu Liming berkata, dia tidak menyangka gambar yang diambil untuk mengambarkan sikap tolong menolong ketika bencana akhirnya membawa masalah.

Dipecat hanya kerana gambar menjadi viral, bukan pertama kali berlaku di China malah baru-baru ini seorang wartawan dari Xiamen Media Group turut dipecat kerana dirakam memegang payung sambil menemubual petugas sukarelawan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori