Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Daesh Bangun Aplikasi Pemesejan...

ANCAMANƃā€šĆ‚Ā pengaruh kumpulan pengganas Daesh di negara kita bukan lagi sesuatu yang boleh lagi...

Johari Tawar Diri Tanding...

Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani sah bakal merebut jawatan naib presiden Umno...

Senarai Konon Calon MB...

SHAH ALAM - UMNO Selangor menafikan buat sebarang perbincangan mengenai bakal menteri besar...

Wanita ‘Bad Mood’ Tabur...

WARGA China sememangnya terkenal dengan tabiat dan perlakuan pelik sama ada di negara...

Peguam Tunjuk ‘Jari Tengah’ Selepas Diejek Peserta Wacana

SEORANG peguam ‘menghadiahkan’ isyarat lucah selepas ucapannya diganggu orang ramai yang menghadiri program Wacana Sinar Harian di Shah Alam, semalam.

Video Siti Kasim yang berdiri ketika sesi soal jawab itu menjadi viral di media sosial yang rata-ratanya terkejut dengan reaksi Siti sebagai seorang peguam.

Siti yang berdiri pada sesi joal jawab Forum Ć¢ā‚¬ĖœPindaan Akta 355: Antara Realiti dan PersepsiĆ¢ā‚¬ā„¢ ƂĀ ketika itu memberikan pandangan berhubung hukum hudud yang dianggap cara untuk membesarkan kuasa Mahkamah Syariah.

Dia berpendapat, sekiranya RUU tersebut diluluskan, secara automatik hukum hudud di Kelantan dan Terengganu akan terlaksana.

Ini sekaligus bercanggah dengan undang-undang sivil di mana seseorang individu berumur 50 tahun ke atas tidak perlu dihukum sebat manakala hudud menetapkan pesalah lelaki dan perempuan boleh dihukum sebat sehingga 100 kali.

Dia turut menuntut penjelasan daripada pemimpin Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang menjadi ahli panel forum untuk menerangkan mengapa dia (Siti) perlu mengikut undang-undang yang ditafsir oleh parti itu.

“Saya seorang Melayu dan seorang Islam, kenapa saya perlu dikawal oleh orang-orang begini. Ini antara saya dengan Tuhan, kenapa saya perlu mengikut Islam kamu?” soalnya.


Turut menjadi panel jemputan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Dr Tan Seng Giaw dan Naib Presiden MCA Gan Peng Sieu.

Penerangan Siti kemudiannya diganggu dengan ejekan dan bunyi bising daripada peserta forum yang mungkin tidak berpuas hati dengan caranya.

Bagaimanapun, peserta wacana berkenaan kemudiannya menerima kejutan apabila sebagai ‘penutup’ ucapannya Siti ‘menghadiahkan’ isyarat jari tengah sebagai tanda marah dengan ejekan mereka.

Siti Kasim yang juga seorang aktivtis pernah ditahan polis kerana didakwaƂĀ menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan melakukan intimidasi jenayah ketika menghadiri sebuah majlis anjuran golongan transgender di ibu negara, baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC


Kecoh Peguam Siti Kasim Tunjuk Jari Tengah… oleh mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori