Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Arul Kanda Dipecat Sebagai...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dilaporkan telah menamatkan perkhidmatan Presiden dan...

Why Are Business Writing...

Pupil essay demonstrate the discipline of marketplace publications. For instance The National Health...

UPSI Cawangan Teluk Intan...

TELUK INTAN - Kerja-kerja pembersihan tapak membina sebuah kampus cawangan Universiti Pendidikan Sultan...

Industri Pertanian Kekal Sektor...

SERDANG - Kerajaan memberi jaminan industri pertanian akan terus kekal menjadi sektor utama...

`Pejuang Kecil’ Tolak Jangkaan Ramai Tidak Akan Hidup Lama

KETIKA dilahirkan, saiz tapak kaki Emilia Grabarczyk hanyalah sebesar kuku dan beratnya pula tidak lebih daripada sehelai kertas.

Namun selepas sembilan bulan, bayi terkecil di dunia ini telah mencabar jangkaan ramai sebelum ini yang dia tidak akan hidup lama.

Digelar sebagai `pejuang kecil’ oleh doktor, Emilia dilahirkan di Witten, barat Jerman dengan ukuran hanya 22 sentimeter dan berat badan hanya lapan auns.

`Pejuang Kecil' Tolak Jangkaan Ramai Tidak Akan Hidup Lama

Berat Emilia kini telah bertambah menjadi 3.17 kilogram, iaitu satu berat badan yang sihat bagi bayi sepertinya.

Dalam pada itu, doktor yang menyambut kelahiran Emilia menyifatkan bayi ini sebagai satu keajaiban. Jelasnya, gandingan pakar kanak-kanak dan pakar bedah telah membantu Emilia pada hari dia dilahirkan.


“Malah kanak-kanak yang mempunyai berat badan 14 auns juga jarang hidup. Kita perlu bersyukur kerana Emilia dapat meneruskan perjuangan untuk hidup,” katanya.

Sehingga usianya enam bulan, doktor di Hospital St. Mary sendiri tidak pasti sama ada dia boleh hidup dan hanya dalam beberapa minggu selepas ini Emilia menunjukkan perkembangan yang sihat.

Emilia merupakan anak kepada pasangan Lukas dan Sabine Grabarczyk. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori