Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tiada Soalan Bersifat Politik...

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan adanya soalah bersifat politik...

2017: Tahun Paling Sukar...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

PRK Sg Besar: Pakatan...

SUNGAI BESAR - Kempen Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai...

Covid-19: Varian BA.5.2 Dikesan...

KUALA LUMPUR - Dua varian Covid-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang merangkumi kira-kira...

Pelajar Bunuh Diri Kerana Sedih Perbuatan Daesh

SEORANG pelajar universiti yang mengalami tekanan dan sedih dengan perbuatan ganas kumpulan militan Daesh telah membunuh diri dengan minum racun yang dibelinya secara dalam talian.

Natasha Kasanda, 19, yang merupakan pelajar University of Hull di Britain merupakan seorang yang amat bijak, namun dikatakan menjadi takut dengan tindakan ganas daesh.

Dia ditemui mati di bilik asramanya selepas baru memulakan pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik pada 2014.

Ketika inkues diadakan bagi mengenalpasti punca kematiannya, ibu Natasha iaitu Tasheni Makumbi-Monk berkata, anak perempuannya itu pernah cuba membunuh diri, dua kali sebelum ini.

“Saya pernah melihatnya begitu sedih selepas dia menonton video mengenai kanak-kanak yang meninggal dunia dan ia menghantui Natasha.

“Dia beritahu saya bahawa dunia ini dipenuhi perkara jahat. Kenapa orang yang tidak mahu mati, telah mati dan mereka yang tidak mahu hidup, masih hidup,’’ demikian soal Natasha kepada ibunya sebelum ini.

Beberapa minggu sebelum kematiannya, Tasheni dan bapa tiri Natasha telah melawatnya di universiti tersebut dan gadis itu telah menyatakan bagaimana dia sedih dengan perbuatan Daesh terhadap orang yang tidak berdosa.


Natasha telah menemui pakar sakit jiwa dan kaunselor sebelum kematiannya namun sesi tersebut dihentikan apabila mereka mendapati dia tidak memberikan maklum balas.

Dalam pada itu, koroner Profesor Paul Marks memberitahu beliau tidak berpuas hati dengan prosedur perkhidmatan kesihatan mental.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak terbabit untuk menamatkan rawatan yang diberikan kepada Natasha dengan begitu cepat meskipun dia pernah cuba membunuh diri. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori