TUN Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim tidak mampu menarik kepercayaan rakyat dalam masa singkat, apatah lagi menunjukkan pembangkang mampu bersatu menentang BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Perkara itu didedahkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim malah memberitahu sebuah portal berita tempatan, usaha mereka berdua sekurang-kurangnya memerlukan lima tahun untuk membina balik kepercayaan rakyat secara keseluruhannya.
“Saya berjaya kerana orang percayakan saya, saya berjaya ‘jaga’ baik PNB, Guthrie, bumiputra juga percaya kepada saya, itu pun lepas 10 tahun baru dapat kepercayaan, bahkan lepas sepenggal saya berjaya ‘jaga’ kerajaan negeri Selangor, saya mula dipercayai.
“Itu pun waima menang hanya sedikit majoriti semasa PRU pada 2008 yang lalu. Ketika itu pihak UMNO ke atau PAS ke, semuanya baru hendak mula bersalam dengan saya, jadi ini bermakna prinsip paling penting adalah membina kepercayaan terlebih dahulu.
“Jadi dalam hal Anwar dan Mahathir (bertemu di mahkamah baru-baru ini), mereka masih lagi memerlukan lima tahun, baru dapat kepercayaan, bukan hari ini buat, esok sudah boleh percaya, rakyat kita ini ada budaya, mereka sangat lembut tapi percayanya tidak.
“Dia (rakyat) angguk tapi sebenarnya tidak, namun mereka boleh buat keputusan, bukan boleh tepuk dada, tolonglah percaya saya. Peluk cium Mahathir dan Anwar bukan kerana percaya, tapi itu adalah drama,†kata Khalid yang pernah suatu ketika menjadi ahli UMNO.
Anwar ujar beliau, pernah dilihat begitu amat akrab dengan Mahathir dalam kerajaan BN dan parti UMNO serta dilihat bakal dilantik ‘selangkah’ sahaja lagi untuk menjadi perdana menteri dan presiden UMNO selepas tokoh politik dari Kedah itu meletak jawatan.
Bagaimanapun pada 1998, Anwar disingkirkan secara zalim daripada UMNO dan kerajaan atas dakwaan salah laku seks dan rasuah. Â Perkembangan itu mencetuskan gerakan reformasi dan kedua-dua mereka menjadi seteru yang seolah-olah tidak dapat didamaikan.
Namun selepas 18 tahun, Anwar dan Mahathir bersemuka serta bersalaman di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 5 September lalu sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan penganalisis politik tanah air konon mereka berdua sudah berbaik semula.
Menyentuh mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diwujudkan oleh Mahathir, Khalid yang dipecat PKR dua tahun lalu mendakwa parti baharu itu tidak mampu menandingi kekuatan UMNO meskipun disertai ramai bekas pemimpin UMNO yang hebat.
Ini kerana jumlah sokongan yang diperoleh PPBM adalah tidak sampai satu peratus berbanding 30 peratus sokongan terhadap UMNO. Â PPBM kini dipimpin oleh proksi Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terkenal menentang kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kalau kita lihat hanya Mahathir, Muhyiddin, Kadir, Ainina, Khairuddin, itu sahaja orangnya dan kalau mereka tak bercakap, tak adalah isu, jadi itu gambarannya. Kalau UMNO pula, boleh bercakap dari wakil Kubang Pasu, Jerantut, dan ada banyak bahagian, macam-macam lagi.
“Mereka (UMNO) sudah lama ada kumpulan (akar umbi) yang tersendiri. Ini bermakna tidak sampai satu peratus pun daripada kumpulan 30 peratus sedia ada itu yang akan berminat dengan parti baharu tersebut,†kata Khalid kepada sebuah lagi portal berita tempatan.
Secara dasar, undian daripada kaum Melayu adalah 70 peratus dengan anggarn 30 peratus sokongan diberi totok kepada UMNO, manakala PAS sebanyak 25 peratus, dan selebihnya 45 peratus adalah pengundi yang dikatakan stabil atau sukar untuk diubah pendiriannya.
“Daripada peratusan tersebut, katakanlah jika ada parti baharu yang muncul sekalipun, ia masih lagi tidak mampu mengalahkan UMNO sebagai pentadbir negara ketika PRU ke-14,” jelas Khalid yang pernah dinobat Menteri Besar terbaik oleh Anwar sebelum dibuang PKR.
“Cuma apa yang PPBM boleh lakukan adalah hanya mampu untuk terus bising dan bising supaya isu yang dibawa tidak mati begitu sahaja,†tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak dan ADUN Bebas Pelabuhan Klang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA