PERLAKUAN tidak senonoh dan keji seorang pemandu teksi melampiaskan nafsu di dalam kenderaan awam dipandunya menjadi viral di Hong Kong, China.
Menurut sebuah laman antarabangsa, perbuatan terkutuk itu dirakam di sebatang jalan dikenali sebagai Wan Chai ketika teksi itu berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Video amatur berdurasi beberapa saat itu dirakam oleh seorang individu yang dikenali sebagai So yang kebetulan turut berhenti bersebelahan teksi tersebut.
“Rakan sekerja saya menunjukkan aksi itu kepada saya. Pada mulanya saya ingat dia hanya mengaru gatal sahaja,” katanya.
Bagaimanapun, sangkaan So meleset apabila mendapati ada ‘cecair’ keluar daripada kemaluan pemandu teksi berkenaan.
Tambah menjijikan lagi, pemandu teksi tersebut melakukan aksinya itu ketika terdapat seorang penumpang perempuan berada di tempat duduk belakang teksi berkenaan.
Bagaimanapun, menurut So, wanita itu seolah-olah tidak mengetahui apa yang terjadi di dalam teksi yang dinaikinya itu. Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau, teksi itu terus meluncur laju.
Meskipun So tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, klip rakaman berkenaan tetap menjadi viral dan mengundang masalah kepada persatuan teksi Hong Kong gara-gara perlakuan lucah pemandu teksi tersebut. – MYNEWSHUB.CC