AWALNYA dia adalah mangsa samun tetapi selepas membuat laporan polis, seorang pembekal barang kemas ditahan bagi membantu siasatan susulan laporannya yang agak meragukan.
Lelaki berusia 47 tahun itu membuat laporan selepas disamun dua lelaki bersenjatakan pistol yang menaiki motosikal di Jalan Solok Tengku, Jelutong, Pulau Pinang, semalam.
Harian Metro melaporkan, lelaki tersebut mendakwa suspek membawa lari beg sandang miliknya yang mengandungi wang tunai sebanyak RM400,000.
Mangsa dikatakan diacukan pistol oleh suspek sebelum diarah untuk memberhentikan kenderaannya.
Difahamkan, mangsa yang bimbang dicederakan menurut arahan suspek sebelum membuat laporan polis di Georgetown, Pulau Pinang. – MYNEWSHUB.CC