Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Rela Laksana Kursus Pengurusan...

MELAKA - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sedang melaksanakan kursus Pasukan Pengurusan Krisis (CMT)...

Ramadan: FAMA S’gor Jamin...

SHAH ALAM - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor memberi jaminan bekalan barangan...

Remaja Dibunuh Kejam Kerana...

MILITAN Negara Islam (IS) bertindak ganas dengan membunuh seorang remaja lelaki kerana didakwa...

Umur Lelaki Ini 50...

SIAPA lelaki yang kini jadi viral gambarnya di laman Twitter seperti mana yang...

Keluarkan Duit Untuk Rasai Hidup Dalam Penjara

RAMAI orang kalau boleh tak nak merasai hidup dalam penjara, tapi berlainan sekali di India apabila penduduk di daerah Sangareddy sanggup keluar duit sendiri semata-mata ingin merasai pengalaman bermalam di penjara.

Program yang dipanggil ‘Feel The Jail’ atau rasailah penjara itu merupakan inisiatif pihak Jabatan Penjara Telangana bagi memberi satu pengalaman berbeza dengan bermalam di tempat yang ‘kurang menyenangkan’.

india
Kawasan lapang Penjara Telangana.

Baca: 10 Penjara Zalim Di Dunia, Sungai Buloh Tak Tersenarai

Sepanjang tempoh 24 jam itu, ‘tahanan’ merasai sendiri rutin seharian yang dilalui oleh banduan seperti memakai uniform penjara, makan makanan penjara di atas pinggan besi mengikut waktu makan yang telah ditetapkan.

Bayaran yang dikenakan buat bakal ‘banduan’ adalah sebanyak 502 rupee (kira-kira RM31).

Pelancong penjara ini akan dikejutkan pada jam 5 pagi oleh dua warden dan selepas mengemaskan diri mereka akan dijamukan dengan sarapan pada pukul 7.30 pagi.


‘Banduan’ akan kembali semula ke sel masing-masing tepat jam 6 petang dan rutin akan kembali seperti biasa pada keesokan harinya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori