Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PM Yakin Jokowi Bakal...

JAKARTA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini yakin pentadbiran Indonesia...

9 Daerah Di Kelantan...

Kota Bharu : Sembilan daerah di Kelantan disenaraikan dalam zon merah kes jangkitan...

Bisnes Roti John Buat...

KEBANYAKAN selebriti tempatan mempunyai pekerjaan lain sebelum mereka menceburi bidang seni. Sama juga...

Polis Sahkan Dua Mangsa...

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan dua daripada empat mayat yang ditemui di...

Penemuan Kepingan Plastik, Produk IKO Oats Ditarik Balik

SINGAPURA – Pihak Penguasa Makanan, Pertanian dan Ternakan (AVA) tempatan negara itu menarik balik produk biskut bijirin IKO Oats Cracker selepas penemuan kepingan plastik.

Menurut sebuah laman berita tempatan, pasukan AVA mengarahkan supaya produk berkenaan segera ditarik balik daripada pasaran republik tersebut.

Tindakan drastik itu terpaksa diambil oleh AVA setelah mendapat aduan daripada seorang pengguna awam yang tidak didedahkan identitinya.

Penemuan Kepingan Plastik, Produk IKO Oats Ditarik Balik

Menerusi posting yang dimuat naik oleh AVA semalam, pihaknya turut sedang bekerjasama dengan pengimport produk berkenaan untuk menyiasat isu tersebut secara terperinci.

Singapura memang terkenal sejak sekian lama mengawal ketat kemasukan produk import dan bertindak tegas menghalang kemasukan barangan yang didapati tercemar dari luar negara.


Difahamkan pihak pengimport dengan sukarela bersetuju untuk menarik produknya yang terjejas itu daripada pasaran tempatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Tambah AVA lagi, para pelanggan yang sudah membeli produk dengan nombor pengenalan JGJFAF dan tarikh luput 1 Jun 2017 dinasihati supaya jangan memakan biskut itu.

Para pelanggan disarankan untuk menghubungi Brilliant Marketing Pte. Ltd. di talian 6694 5879 atau [email protected] untuk sebarang pertanyaan dan penukaran produk. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori