Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ramadan Belum Tiba, Peniaga...

Belumpun tiba bulan mulia umat Islam iaitu Ramadan, namun seluruh masyarakat sudah mula...

PAS Tolak Tawaran UMNO...

KUALA LUMPUR - PAS menolak tawaran Kerajaan Negeri Perlis yang menawarkan jawatan Exco...

Bekas Penuntut Tahu 12...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa bekas pelajar sarjana sebuah universiti awam mengetahui...

PKR Sengaja Undang Simpati...

ANDAI benar khabar angin tentang penggantian anak kedua Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri...

Pengarah Syarikat Dituduh Pecah Amanah RM3.831j

KOTA KINABALU – Dua pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) melibatkan RM3.831 juta.

Yong Meu Fah, 58, dan Chui Pui An, 56, dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Karamunsing di sini antara 2 Mac 2009 dan 1 Sept 2009.

Mereka dituduh melakukan CBT melibatkan sembilan cek bernilai RM2,156,000, enam cek bernilai RM1,125,000 dan dua cek bernilai RM550,000.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua hingga 20 tahun dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.


Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan ikan jamin RM150,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan merampas pasport mereka sementara 28 Sept ditetapkan sebagai tarikh sebut semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Akmazatul Mohamed Nawi sementara peguam Timothy Daut dan Vivian Chew mewakili kedua-dua tertuduh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori