Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Isteri Dihina Ambil Air,...

MUNGKIN apa yang dilakukan lelaki ini tidaklah sehebat Taj Mahal, iaitu monumen yang...

Setiap Lapisan ATM Perlu...

KUALA LUMPUR - Setiap lapisan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diharapkan terus meletakkan...

Sindir PAS Kelantan Hasil...

KUALA LUMPUR - "Kalau tidak, hasil balak itulah ulam yang paling sedap"Demikian...

Mahathir, Ketua Hakim Negara...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang...

Pengguna ‘Kongsi’ Jalan Raya Dengan 4 Ekor Kuda

PENGGUNA jalan raya di ibu negeri Perak terkejut apabila terpaksa ‘berkongsi’ laluan dengan empat ekor kuda yang dipercayai terlepas daripada kurungan haiwan berkenaan.

Video yang dikongsi seorang pembaca Mynewshub ini memaparkan empat ekor kuda selamba melalui sebatang jalan raya di Jalan Tambun, Ipoh yang turut menyebabkan kesesakan lalulintas.

Dalam video yang berdurasi selama 26 saat itu, empat ekor kuda itu kelihatan ‘gigih’ berlari secara berkumpulan namun dalam keadaan tidak tentu arah.

Pengguna jalan raya terpaksa memperlahankan kenderan bagi melihat aksi empat ekor kuda itu dan ada juga yang bimbang terlanggar haiwan berkenaan.

Difahamkan kejadian berkenaan berlaku tengah hari tadi dan setakat ini tiada maklumat berhubung pemilik empat ekor kuda yang terlepas itu.


Sebelum ini pada Jun lalu, pengguna jalan raya di Lebuh Raya Persekutuan di ibu negara digemparkan dengan ‘aksi’ burung unta yang dikatakan terlepas daripada kenderaan pemiliknya ketika melalui laluan berkenaan.

Perkongsian video membabitkan haiwan yang menggunakan laluan jalan raya tanpa diawasi pemilik adalah jarang berlaku kerana haiwan ada pengangkutan yang direka khas untuk dibawa ke destinasi dikehendaki pemilik. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori