Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Stor Kilang Sarung Tangan...

TAIPING - Stor sebuah kilang sarung tangan getah yang baru dibina dengan kos...

Pemandu Teksi Janji Perkhidmatan...

PETALING JAYA - Persatuan teksi berikrar memberikan perkhidmatan lebih baik pada masa akan...

Budiman Calon BN Bagi...

SUNGAI BESAR - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi...

Cukuplah Kekayaan Seputar Elit

KUALA LUMPUR - Sudah cukup peluang ekonomi dan penciptaan kekayaan dikaut golongan elit,...

Penjaga Rumah Urut Didakwa Perdagang Wanita Asing

IPOH – Seorang penjaga rumah urut didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan enam wanita warga asing untuk tujuan eksploitasi seksual, pada Ogos lepas.

Chong Lim Fatt, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.

Tertuduh menghadapi enam pertuduhan memperdagangkan wanita warganegara Thailand berumur antara 30 hingga 40 tahun di sebuah rumah di Taman Siswa, Kampar, dekat sini, antara 2 Ogos hingga 18 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Chong diikat jamin sebanyak RM35,000 dengan seorang penjamin dan meminta tertuduh menyerahkan pasport miliknya.


Ikmal Hishan menetapkan 29 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof, Fadhli Ab Wahab dan Nurul Azriah Zaid manakala tertuduh diwakili peguam Bernard Francis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori