KEBIASAANNYA, jika terlewat memulangkan semula buku yang dipinjam ke perpustakaan, kita hanya perlu membayar denda yang telah ditetapkan mengikut berapa jumlah hari kelewatan tersebut.
Namun, Perpustakaan Awam Athens-Limestone yang terletak di Alabama, Amerika Syarikat mempunyai satu cara yang paling ekstrem iaitu akan mengenakan hukuman penjara sekiranya seseorang itu terlewat memulangkan buku yang telah dipinjam.
Pengarah Eksekutifnya, Paula Laurita berkata hukuman itu akan dilaksanakan di mana peminjam buku boleh dikenakan hukuman denda sebanyak AS$100 (kira-kira RM404) atau dipenjarakan selama 30 hari atau kedua-duanya sekali.
Namun begitu, hukuman itu hanya akan dilaksanakan sekiranya peminjam masih berdegil untuk memulangkan buku walaupun sudah diberi amaran oleh pihak perpustakaan. – MYNEWSHUB.CC