Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Apahal Lan Pet Pet...

KUALA LUMPUR - Video pelawak popular, Lan Pet Pet memukul seorang lelaki dipercayai...

Minum Teh, Kopi Panas...

MENIKMATI minuman teh atau kopi panas boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser oesophageal, dedah...

Dipaksa Tampar Muka Sendiri...

WUXI, China – Sekumpulan pekerja di sebuah salon kecantikan dipaksa menampar muka sendiri...

PBS Tolak Cadangan Pulau...

KOTA KINABALU - Sayap pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) menolak cadangan Ketua Menteri,...

Penuntut UiTM Cedera, Jatuh Ketika Daki Bukit Keluang

BESUT – Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang terpaksa menempuh saat getir sebelum diselamatkan selepas terjatuh ketika mendaki Bukit Keluang, di sini.

Muhammad Abrar Idris, 19, dari Ipoh, jatuh dari ketinggian 20 meter ketika bersama tiga rakan lain mendaki bukit itu pagi tadi.

Anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa hampir sejam sebelum dapat membawa turun mangsa dari ketinggian 65 meter melalui kawasan pantai menggunakan pengusung dan tali.

Komander Operasi, Mohd Zailani Abdullah yang dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima aduan kira-kira pukul 9 pagi dan bergegas mengesan mangsa kerana khuatir perkara buruk berlaku.

Katanya, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan separuh sedar dengan kesan lebam di lengan tangan kiri, bahu dan dahi.


“Setelah diberi rawatan awal, mangsa dibawa turun dari ketinggian 65 meter dengan menggunakan pengusung yang diikat dengan tali sebelum dikejarkan ke Hospital Daerah Besut pada kira-kira pukul 12.55 tengah hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi mengesahkan pihaknya telah menerima aduan kes tersebut.

Katanya, kehilangan mangsa disedari seorang pendaki di kawasan sama yang menjumpai sebuah kamera dan telefon bimbit di tebing bukit sebelum mengesyaki sesuatu berlaku kepada pemilik barang berkenaan, lalu bertindak membuat aduan kepada MERS999. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UiTM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori