Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hishammuddin Beri Pandangan Selepas...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau...

Nor Hisham Sebak Terkenang...

KUALA LUMPUR - Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu Datuk Nor Hisham Ahmad...

Aaron Aziz, Farid Kamil...

SEKALUNG tahniah diucapkan buat pelakon terkenal, Farid Kamil dan Aaron Aziz di atas...

Shafie Ke SPRM Isu...

PANAS... Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal diminta hadir ke...

Peragut Patah Kaki Dilanggar Pelajar Wanita

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar wanita Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang bertindak nekad mengejar dan melanggar motosikal peragut yang meragut beg tangannya Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd. Aminuddin Megat Alias berkata pelajar berusia 21 tahun itu yang menaiki motosikal bersama rakannya mengejar motosikal yang dinaiki dua peragut sejauh kira-kira dua kilometer bermula di hadapan pintu masuk utama UPM.

“Oleh kerana terlalu geram dengan tindakan penjenayah itu, penuntut universiti itu bertindak melanggar motosikal yang dinaiki dua lelaki berkenaan dari arah belakang sebelum kesemua mereka terjatuh di kawasan berhampiran Flat Ikan, Sri Serdang.

“Dua pelajar itu kemudiannya menjerit meminta pertolongan dan dua lelaki berkenaan berjaya diberkas anggota polis yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan tersebut,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kedua-dua peragut berkenaan cedera dengan seorang daripadanya patah kaki manakala penuntut itu cedera pada kaki dan rakannya cedera pada muka.


Kesemua mereka dihantar ke Hospital Serdang dan dimasukkan ke wad. Megat Mohd. Aminuddin berkata dua peragut masing-masing berusia 25 dan 27 tahun itu didapati mempunyai kes jenayah lampau berkaitan dadah.

Beliau berkata motosikal yang digunakan suspek telah dicuri di sekitar Serdang sebelum ini. Kedua-dua suspek sedang direman. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori