Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Negara Ke-6 Terbaik...

NAMA Malaysia mendunia lagi! Terbaharu Malaysia telah disenaraikan negara keenam terbaik di dunia...

Hanya JDT Mohon Jadi...

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan hanya menerima bidaan daripada Johor Darul...

Isu Terowong: P.Pinang Disaran...

KEPALA BATAS - Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP disaran mengadakan audit terbuka terhadap...

Jenazah Abdullah Ahmad Selamat...

KOTA BAHARU - Jenazah bekas Setiausaha Politik Tun Abdul Razak Hussein iaitu Tan...

Perbualan Terakhir Hassan – Haron Din

Oleh: Muhammad Syafiq Azman

“DIA membayangkan seperti salah seorang akan pergi, dan rupa-rupanya dia yang pergi…”

Pengalaman saya menemu ramah Dato’ Abu Hassan Din masih belum lengkap saya nukilkan.

Sebelum ini, saya kongsikan bagaimana beliau memaparkan ketenangan dalam menghadapi kehilangan abangnya. Kita dapat lihat bagaimana tembok keimanan mampu memagari kepiluan hati dalam menghadapi kehilangan.

Perbualan Terakhir Hassan - Haron Din

Dalam temu ramah sama, ada perkara dikongsi Dato’ Hassan, yang beliau anggap pelik, kerana tidak pernah abangnya ucapkan.

Kita semua tahu, Allahyarham Dato’ Dr. Haron Din sudah beberapa kali mendapatkan rawatan di San Francisco. Menurut Dato Hassan, sudah 4 kali pembedahan yang abangnya lalui. Tetapi pemergian kali ini, bukan untuk pembedahan.

“Pemergian kali ini kurang merisaukan jika dibandingkan dengan sebelum-sebelum ini. Kali ini tidak melibatkan pembedahan. Hanya rawatan angiogram. Jadi kami ahli keluarga taklah risau sangat,” kata Dato’ Hassan.

Walaupun begitu, sebagai adik, beliau tetap melawat abangnya sebelum Dr. Haron berkelana jauh ke California. Dalam perbualan terakhir antara mereka, Dato’ Hassan menyifatkan perbualan itu hanya perbualan biasa seperti adik-beradik biasa.

Cuma…

Ada perbualan yang dianggap pelik bagi Dato’ Hassan. Beliau mendengar sesuatu yang tidak pernah Dr. Haron sebutkan sebelum ini.


“Keluarga belah mak kita ramai di Perlis. Kakak mak kita (ibu saudara) yang kami panggil Wa, ramai anak-anaknya dah meninggal dunia. Kakak mak yang lagi seorang, Mak Teh juga ramai anak-anaknya sudah meninggal. Keluarga kita belum lagi ada yang meninggal.”

Dato Hassan mengulang semula dialog abangnya itu, “Keluarga kita belum lagi ada yang meninggal. Memang kami 10 beradik masih belum ada yang meninggal dunia. Dia membayangkan seperti salah seorang akan pergi… dan rupa-rupanya dia yang pergi.”

Beliau tidak menyangka itulah perbualan terakhir mereka.

“Dia pergi saat semua orang perlukan dia. Dia pergi ketika rakyat Malaysia masih perlukan dia. Dia pergi waktu kami ahli keluarga masih perlukan dia. Tapi Allah lebih sayangkan dia,” ujar Dato’ Hassan sambil tersenyum.

Selepas pemergian abangnya, Dato’ Hassan teringat kembali kata-kata abangnya itu dan ketika itulah beliau sedar, perbualan itu merupakan petanda.

Petanda yang abangnya akan berkelana jauh, sejauh-jauhnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori