Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Van Jenazah & Keranda...

'SERANGAN' Gabungan NGO Malaysia yang diketuai Datuk Seri Jamal Md. Yunos terhadap kerajaan...

Pekerja MBPP Maut Motosikal...

GEORGE TOWN - Seorang pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) maut selepas motosikal...

Penerbangan Dibatalkan, Banjir Melanda...

NEW DELHI - Kesemua penerbangan keluar atau memasuki Chennai, Tamil Nadu dibatalkan berikutan...

Bayi 6 Bulan Perlu...

KUALA NERANG - Seorang bayi berusia enam bulan yang menghidap sakit jantung di...

Pertemuan Mahathir, Anwar Bermotifkan Politik – Ku Li

GUA MUSANG – Pertemuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin lepas disifatkan mempunyai motif politik tertentu.

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pertemuan itu mungkin helah politik Mahathir bagi menarik sokongan rakyat terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru didaftarkan, selain cuba  menjalin kerjasama dengan parti pembangkang lain.

“Mesti ada sesuatu (pertemuan Mahathir dengan Anwar). Beliau selalu buat kejutan, tetapi saya percaya pertemuan tersebut hanya demi kepentingan politik semata-mata,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah; Naib Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Ab. Aziz Yusoff; Ketua Wanita UMNO Bahagian Gua Musang, Datuk Wan Hazani Wan Mohd. Nor dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang, Syeikh Razali Syeikh Hamad.

Isnin lepas, Mahathir dan Anwar bertemu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semasa bekas ketua pembangkang itu memfailkan saman untuk menghentikan operasi Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas alasan ia tidak berperlembagaan.

Mahathir memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 sebelum memecatnya daripada UMNO.

Sementara itu, Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang dalam ucapan penangguhan persidangan tersebut, mengumumkan untuk menarik balik hasratnya bersara daripada pentas politik dan menjadi wakil rakyat.


Beliau berkata keputusan itu diambil selepas persidangan itu meluluskan usul supaya beliau kekal menerajui UMNO Bahagian Gua Musang dan menjadi calon bagi mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang.

Dalam perkembangan lain, Tengku Razaleigh turut mengingatkan anggota UMNO bahagian itu supaya tidak memandang rendah keupayaan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.

Beliau yang juga mesra disapa sebagai Ku Li berkata bahawa Barisan Nasional bakal berdepan saingan sengit jika pembangkang bekerjasama dan mengekalkan prinsip bertanding satu lawan satu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori