SAN JOSE – Seorang wanita terkejut apabila kotak yang sepatutnya berisi kepak ayam goreng yang dipesannya sebaliknya mengandungi wang tunai berjumlah AS$5,000 (RM20,655).
Selena Avatos perlu membuat pilihan. Dia boleh menyimpan wang berkenaan dan membuat satu pesanan kepak ayam yang amat diperlukan kerana kelaparan.
Bagaimanapun, wanita California, Amerika Syarikat itu mengetepikan kelaparannya dan memilih untuk bertindak jujur.
Dia memberitahu stesen televisyen tempatan ABC 7, dia dapat mengagak wang itu ialah untuk dimasukkan ke dalam akaun bank restoran berkenaan.
Dia menelefon restoran terbabit dan keesokannya seorang pekerja datang mengambil semula wang itu.
Dan sebagai balasan, restoran itu menghadiahkan Selena piza percuma selama setahun. – Agensi/myMetro Online