PARIS – Petani dan pemandu lori berganding bahu melancarkan operasi bersama menutup laluan keluar serta masuk Calais untuk mendesak penutupan sebuah kem pelarian yang digelar ‘Jungle.’
Kira-kira 70 buah lori dipandu perlahan sepanjang lebuh raya utama untuk penumpang dan kenderaan barangan ke Britain sama ada melalui pelabuhan Calais atau Terowong Selat Inggeris.
Kumpulan petani turut menyertai demonstrasi itu menggunakan traktor dan penganjur berharap sehingga 500 orang dapat membuat ‘rantaian manusia’ sebagai protes di stadium utama.
Pemilik syarikat logistik tempatan, Nicolas Lotin berkata: “Setiap hari kami berdepan ketakpastian kerana bimbang dengan pelbagai gangguan pendatang.
“Kami sentiasa risau ada pendatang menyelinap ke dalam lori kami untuk ke Britain.
“Masalahnya, jika barangan yang kami bawa rosak ia perlu dipulangkan yang mengakibatkan kerugian.â€
Pendatang dari ‘Jungle’ kerap mengganggu perjalanan lori membawa barangan dengan harapan dapat menyelinap masuk ke Britain.
Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Bernard Cazneneuve menyuarakan azam untuk menutup ‘Jungle’ secepat mungkin. – AFP/myMetro Online