Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Stesen Minyak Beroperasi Pada...

PUTRAJAYA - Stesen-stesen minyak di seluruh negara dikehendaki beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh...

Hukuman Penjara 2 Tahun...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara dua...

Jual 80,000 Durian Seminit,...

BANGKOK - Bilionaire terkenal China, Jack Ma membuktikan kehebatan berjaya jual lebih 80,000...

Operasi Cari Kru Kapal...

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 kru USS John S...

PKNS FC Muncul Naib Juara Liga Perdana 2016

KUALA LUMPUR – PKNS FC muncul naib juara Liga Perdana musim ini setelah menewaskan juara liga, Melaka United 3-1 pada aksi ke-21 liga di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan PKNS layak ke Liga Super 2017 bersama Melaka United yang mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim ini setelah seri 1-1 menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Hang Jebat, 9 Sept lepas.

Melaka United kekal di puncak Liga Perdana dengan kutipan 49 mata manakala PKNS FC di tangga kedua dengan kutipan 45 mata dengan baki satu perlawanan.

Pada aksi di Shah Alam, Melaka United mengejutkan PKNS FC menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Ilija Spasojevic pada minit ke-38.

PKNS FC, bagaimanapun bangkit meledak tiga gol menerusi sepakan penalti Gabriel Miguel Guerra pada minit ke-48 serta gol padang Alif Haikal Sabri (minit ke-51) dan Munir Amran pada minit ke-86.

Terdahulu, Melaka United terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-36 setelah Wan Amirul Afiq dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan pemain PKNS FC di dalam kotak penalti namun sepakan penalti yang diambil Gabriel berjaya diselamatkan penjaga gol Melaka United, Muhamad Syazwan Yusoff.

JDT II turut mengesahkan kedudukan di tangga ketiga Liga Perdana musim ini setelah seri 1-1 menentang Kuala Lumpur di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, sekaligus mengumpul 42 mata.

Pemain JDT II, Mohd Irfan Fazail menjaringkan gol pembukaan seawal minit pertama perlawanan sebelum Jonathan Zorilla menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat pada minit ke-42.


Dalam pada itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kembali menghidupkan peluang keluar daripada zon penyingkiran setelah menewaskan Sime Darby FC 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Tiga gol skuad ‘The Gladiators’ dijaringkan oleh Mohd Rafizol Roslan pada minit ke-29, Mohd Sukri Mat Hamidi pada minit ke-86 dan jaringan penalti Khasan Abdukarimov pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Terdahulu, ATM terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Mohd Noraiman Talib diperintah keluar padang kerana mengutip kad kuning kedua pada minit ke-80.

Kekalahan tersebut menyaksikan Sime Darby FC sah tersingkir ke saingan Piala Persatan Bola Sepak Malaysia (FAM) musim depan.

Perlis turut meraih tiga mata setelah menang selesa 5-2 ke atas UiTM FC pada aksi di Stadium UiTM, Shah Alam.

Turut mengutip tiga mata adalah wakil kelab Pahang, Kuantan FA yang mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Sabah di Stadium Likas.

Negeri Sembilan dan DRB-Hicom FC pula berkongsi satu mata selepas seri 1-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PKNS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori