Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Selangor Pertama Naikkan Had...

SHAH ALAM - Selangor akan menjadi negeri pertama melaksanakan had umur minimum perkahwinan...

Jambatan Roboh, Jentera Bomba...

KUDAT - Sebuah jentera bomba terhumban ke dalam sungai selepas jambatan kayu yang...

Kerajaan Sasar Gandakan Pendapatan...

KUALA LUMPUR  - Kerajaan menyasarkan untuk menggandakan pendapatan kumpulan isi rumah berpendapatan 40...

Isu Anti Azan: Jangan...

SETAKAT ini, pelobi anti azan belum lagi menerima sebarang tindakan sekalipun sudah seminggu mengeluarkan...

PKR Bantah Beri Lesen Pinjaman Kepada Pemaju

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar meminta kerajaan membatalkan cadangan memberi lesen pemiutang kepada pemaju terpilih.

Beliau mendakwa, tanggungan risiko kewangan akibat kadar faedah melampau yang diberikan kepada peminjam adalah berisiko tinggi.

“Kadar faedah seakan riba yang ditetapkan dalam kadar 12 hingga 18 peratus adalah tidak rasional dan bakal menambah bebanan hutang peminjam dalam keadaan ekonomi sedia ada.

“Perlu difahami bahawa golongan berpendapatan rendah akan terperangkap dalam kepompong kemiskinan sekiranya gagal melunaskan biaya pinjaman perumahan itu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media semalam melaporkan, pemaju perumahan yang layak boleh memohon lesen pinjaman wang untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pembeli hartanah, khususnya syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan kukuh.


Lesen berkenaan akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori