Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

COVID-19 Boleh Disebar Melalui...

KUALA LUMPUR - Virus SARS-CoV-2 dikenal pasti boleh disebarkan melalui kaedah aerosol, iaitu...

Demam Lassa Ragut 70...

MAIDUGURI - Angka korban akibat demam lassa di Nigeria meningkat kepada 70 orang.Menurut...

Afifah Nasir Sedia Jawab...

MUNGKIN mengetahui sudah tiba masanya untuk berhadapan dengan realiti, pelakon Nur Afifah Nasir...

PKR Jangan Jangkitkan Perangai...

KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberi peringatan...

Polis Beli Kasut Untuk Gelandangan Mangsa Rompak

SEORANG anggota polis di Oregon, Amerika Syarikat terharu dengan seorang gelandangan yang sanggup berjalan kaki sejauh hampir sepuluh kilometer semata-mata untuk membuat laporan bahawa dirinya telah dirompak.

Media tempatan melaporkan, mangsa yang merupakan tunawisma atau tiada rumah itu menyatakan bahawa beg, kasut, dan dompetnya telah dirompak oleh seseorang yang tidak dikenali.

Secara kebetulan, seorang anggota polis yang bernama Brent Gaither dari Balai Polis North Bend Oregon mendengar cerita sedih gelandangan tersebut ketika mangsa datang membuat laporan.

“Dia datang ke pejabat polis tanpa memakai selipar. Asalnya berjalan kaki sejauh 80 kilometer melawat keluarganya dan ketika dalam perjalanan dia dirompak,” kata Gaither seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Daily Mail.

Polis itu kemudiannya menyuruh gelandangan itu duduk menunggu di kerusi sementara dia pula keluar untuk memberikan kejutan. Selepas itu, Gaither membelikan sehelai selimut dan sepasang kasut.

Bukan itu saja, malah polis yang baik hati itu juga memberikannya sepasang kasut dan menyiapkan tilam gulung untuk si gelandangan agar mangsa boleh berehat melepaskan lelah berjalan jauh.

Seorang pegawai pengawas melihat kejadian itu melalui kamera CCTV dan memanggil polis itu untuk mengetahui apa yang berlaku. Gaither kemudian dipanggil oleh pegawai atasannya untuk menjelaskan perkara sebenar sambil duduk.


Menurut Kappelman, Gaither, menceritakan kisah itu menerusi laman Facebooknya.

“Yang saya suka daripada kisah ini. Gaither tidak beritahu dia akan melakukan kebaikan itu. Dia juga tidak memaklumkan selepas kejadian. Pengawai Heather Young melihat kejadian itu dan melapor kepada saya. Tindakan sungguh mulia penuh kasih sayang itulah yang membuat seorang polis bangga,” katanya.

“Semua polis di sini berbuat kebaikan. Itu yang memberi motivasi kepada kami,” kata Gaither.

Berikut rakaman video pegawai yang memperlihatkan kebaikan Gaither. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori