Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sempena ‘Musim Kahwin’.. Kompilasi...

SETIAP tahun, Disember adalah bulan yang menyaksikan banyak pasangan naik pelamin memandangkan terdapat...

10 Dikhuatiri Tertimbus Tanah...

GEORGE TOWN - Sepuluh orang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan...

8,112 Kes Baru, 12...

Kementerian Kesihatan berkata 8,112 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Mangsa Lemas Di Sungai...

MARANG - Tengah hari semalam, Megat Najmi Asyraf Megat Mohd Nezan, 12, meminta...

Polis Kenal Pasti Mangsa Maut Kereta Rempuh Lori

GOPENG – Dua mangsa yang maut dalam kemalangan di kilometer 294.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara malam tadi dikenal pasti sebagai Ibrahim Abu, 44, dan adiknya, Siti Aishah Abu, 22.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt. Ng Kong Soon berkata Ibrahim adalah pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max itu manakala Siti Aishah pula adalah penumpang dan mereka bersama tiga lagi penumpang lain adalah dari Taman Bandar Baru, Pokok Sena, Kedah.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 8.10 malam itu, kenderaan yang dipandu Ibrahim dari Kuala Lumpur ke arah Ipoh melanggar belakang sebuah lori di kiri jalan berhampiran Hentian Sebelah Simpang Pulai.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang lagi penumpang parah, manakala dua lagi cedera ringan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan.


“Sementara itu, pemandu lori seorang lelaki berumur 67 tahun ditahan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ng, semasa kejadian cuaca adalah baik kecuali keadaan gelap di lokasi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori